BANGKOK: Liga Majlis Islam Selatan Thailand mengeluarkan kenyataan yang menentang rang undang-undang Kanabis dan Hemp, RUU Minuman Keras dan RUU Perkongsian Sivil kerana ia tidak selari dengan prinsip agama Islam, lapor Bangkok Post.
Perwakilan dalam majlis itu di Yala, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Pattani bertemu pada Khamis lalu untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap tiga RUU itu, yang sudah dibaca buat kali pertama di Parlimen.
Sewaktu bacaan kali pertama itu, Parti Prachachat, yang kebanyakan anggotanya merupakan orang Islam di selatan negara itu, membantah tiga RUU berkenaan termasuk RUU Kesamarataan Perkahwinan, seperti yang dicadang Move Forward Party (MFP).
Sugarno Matha, Ahli Parlimen Yala, berkata partinya sudahpun memaklumkan parti politik lain bahawa orang beragama Islam tidak perlu mengikut sebarang undang-undang yang bertentangan dengan ajaran serta kepercayaan mereka.
RUU Kanabis dan Hemp telah mengeluarkan dua jenis tumbuhan dari senarai dadah narkotik, kecuali ekstrak kanabis dengan leih daripada 0.2% tetrahydrocannabinol (THC), iaitu bahan psikoaktif kanabis.
RUU Minuman Keras pula menyasarkan untuk meliberalisasikan industri minuman keras sekali gus membenarkan pengeluar skala kecil untuk memasuki pasaran. Sementara itu, RUU Perkongsian Sivil pula akan membolehkan perkahwinan sesama jenis.
Sugarno menegaskan, ajaran dari al-Quran tidak membenarkan perkahwinan sesama jenis, mengambil dadah terlarang dan mengambil minuman keras kerana ia menentang nilai Islam. Maka, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam sekiranya RUU itu diluluskan.
“Isu itu telah mencetus perdebatan dalam media sosial, seterusnya membawa kepada kekeliruan masyarakat Islam. Sebab itulah liga majlis ini memperjelaskannya,” ujar Pengerusi Majlis Islam Pattani, Waedueramae Mamingji.
Jelasnya, Liga Majlis Islam Selatan Thailand tidak akan menyokong mana-mana draf undang-undang itu.
Dr Ananchai Thaipratan, seorang profesional perubatan Islam yang hadir ke mesyuarat itu, berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri masih menyenaraikan kanabis sebagai narkotik, dan ia hanya digunakan untuk tujuan perubatan dan penyelidikan, bukan untuk jualan atau pengambilan secara komersial.
Doktor-doktor di universiti juga mula bersuara, dengan menunjukkan kesan sampingan negatif akibat penggunaan kanabis, kerana ia boleh menyebabkan halusinasi, tachycardia (jantung berdegup sehingga melebihi 100 degup seminit) dan masalah berkaitan jantung lain, selain menjejaskan pertumbuhan intelektual.
Astro Awani
Sun Jun 26 2022

Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.

AS umum pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$775 juta untuk Ukraine
Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaharu dipercayai berlaku di bandar Belgorod, Rusia pada Khamis.

Persidangan G20 | Xi Jinping, Vladimir Putin dijangka hadir
Pemimpin China dan Rusia Xi Jinping dan Vladimir Putin akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 November ini di Pulau Peranginan Bali, Indonesia. Perkara itu disahkan bekas Setiausaha Kabinet dan Penasihat Tidak Rasmi kepada Presiden Joko Widodo, Andi Widjajanto kepada Reuters.

Kebakaran | Tiga rentung di Sandakan
Tiga individu rentung dalam kebakaran rumah di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, Sandakan pada Jumaat, malam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin
Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin

AWANI Pagi: Pengisian merdeka bermula dari rumah
Kurang dua minggu sahaja lagi, kita akan menyambuat Hari Kebangsaan 31 ogos 2022, pastinya kehangatan menyambut itu semakin di rasai. Dengan konsep sambutan kali ini temanya: 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'

3.78 juta ketibaan pelancong direkod di Thailand
Ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet
Banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.

PRU-15 | PKR bakal lancar kempen hari ini
Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin dirasai, sungguhpun Perdana Menteri belum mengumumkan bilakah tarikh sebenarnya. Pada ketika ini, beberapa parti sudah menggerakkan kempen atau jelajah untuk berjumpa akar umbi.dan mendapatkan sokongan. Ia termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hari ini bakal melancarkan kempen mereka. Kita nak bercakap mengenai strategi parti, apakah sentimen yang akan dimainkan. Untuk itu kita akan bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM