DUNIA
Majlis Keselamatan PBB akan adakan sesi terbuka mengenai Palestin
Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sesi terbuka pada Isnin untuk membincangkan situasi di Asia Barat, dengan tumpuan khusus kepada isu Palestin. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual mengadakan sesi terbuka pada Isnin bagi membincangkan situasi di Asia Barat, dengan fokus khusus kepada isu Palestin.
Ringkasan AI
- Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sesi terbuka pada Isnin untuk membincangkan situasi di Asia Barat, dengan tumpuan khusus kepada isu Palestin.
- Penolong Setiausaha Agung PBB, Mohamed Khaled Khiari dijangka memberi taklimat mengenai pelaksanaan Resolusi 2334 yang menuntut Israel menghentikan aktiviti penempatan di wilayah Palestin yang diduduki.
- Selepas sesi terbuka, Majlis Keselamatan akan mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih mendalam.
Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan bahawa Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Asia Barat, Asia dan Pasifik, Mohamed Khaled Khiari dijangka memberikan taklimat kepada anggota Majlis berhubung laporan suku tahunan terkini oleh Setiausaha Agung PBB mengenai pelaksanaan Resolusi 2334.
Resolusi 2334 yang diterima pakai pada 23 Dis 2016 menuntut Israel segera menghentikan semua aktiviti penempatan di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.
Selepas taklimat terbuka itu, Majlis Keselamatan akan mengadakan sesi perbincangan tertutup pada hari sama untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.
-- BERNAMA