Majlis Keselamatan PBB bincang isu Iran

Astro Awani
September 26, 2018 23:31 MYT
Emmanuel Macron bercakap pada Majlis Keselamatan PBB semasa Mesyuarat Agung PBB ke-73 di New York, 26 Sept, 2018. REUTERS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron antara lain menggesa pemimpin dunia menggunakan Pelan Komprehensif Tindakan Bersama (JCPOA) yang ditubuhkan untuk menangani ancaman nuklear Iran.
Amerika sebelum ini enggan menyertai pelan tindakan itu.
Hadir sama di mesyuarat itu, Perdana Menteri Britain Theresa May dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov.
Kedua-duanya membidas sesama sendiri berhubung isu serangan ejen saraf di Salisbury.
Rusia dituduh dalang di sebaliknya.
Sementara itu, Menteri Luar China Wang Yi menafikan kenyataan Trump sebelum ini yang negaranya cuba campur tangan dalam pilihan raya AS akan datang.
Katanya, ia sekadar satu ‘tuduhan tidak berasas,’.
#campur tangan #China #Donald Trump #ejen saraf #Emmanuel Macron #Iran #JCPOA #Majlis Keselamatan PBB #nuklear #PBB #Perancis #pilihan raya AS #wang yi