DUNIA

Majoriti rakyat Jerman sokong larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun - Tinjauan

Bernama 14/12/2025 | 06:09 MYT
Lebih separuh rakyat Jerman menyokong larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak dan remaja bawah usia 16 tahun. -Gambar hiasan/Unsplash
BERLIN: Lebih separuh rakyat Jerman menyokong larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak dan remaja bawah usia 16 tahun, berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan Institut Insa untuk edisi Ahad akhbar Bild, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Lebih separuh rakyat Jerman menyokong larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak dan remaja bawah usia 16 tahun.
  • Institut Insa mendapati 60 peratus responden menyokong larangan tersebut, manakala 24 peratus menentangnya.
  • Australia telah menyekat penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda bawah usia 16 tahun.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Tinjauan itu mendapati 60 peratus responden menyokong larangan sedemikian, manakala 24 peratus menentangnya.

Sebanyak 10 peratus berkata mereka tidak mengambil peduli, dan enam peratus sama ada tidak menjawab atau tidak pasti.

Tinjauan ini dilakukan susulan pelaksanaan peraturan baharu oleh Australia minggu ini yang menyekat penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda.

Sejak 10 Disember lepas, kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan memiliki akaun di kebanyakan platform utama, termasuk Instagram, TikTok, Snapchat, Facebook, YouTube, X, Reddit dan Twitch.

Perundangan kontroversi itu telah diluluskan pada akhir 2024 dan kini berkuat kuasa.

Bagi tinjauan itu, institut penyelidikan pendapat Insa menemu bual 1,003 orang pada 11 dan 12 Disember.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah peratus responden yang menyokong larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak dan remaja di Jerman?
    A: 60 peratus responden menyokong larangan tersebut berdasarkan tinjauan Institut Insa.
  • Q: Apakah platform media sosial yang terlibat dalam larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di Australia?
    A: Instagram, TikTok, Snapchat, Facebook, YouTube, X, Reddit, dan Twitch termasuk dalam platform-media sosial yang tidak dibenarkan digunakan oleh kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun berdasarkan peraturan baharu di Australia.
  • Q: Bilakah peraturan baharu yang menyekat penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda diluluskan di Australia?
    A: Peraturan yang menyekat penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda telah diluluskan pada akhir 2024 dan kini sudah berkuat kuasa.



#Jerman #Kanak-kanak #media sosial #remaja bawah 16 tahun