awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti rakyat Jerman sokong pelan khidmat ketenteraan secara sukarela - Tinjauan

Bernama
Bernama
22/11/2025
12:51 MYT
Majoriti rakyat Jerman sokong pelan khidmat ketenteraan secara sukarela - Tinjauan
Awal bulan ini, kerajaan campuran Canselor Friedrich Merz bersetuju melaksanakan pembaharuan khidmat ketenteraan yang pada peringkat awal akan berasaskan penyertaan sukarela. - Reuters
BERLIN: Majoriti rakyat Jerman menyokong pelaksanaan program khidmat ketenteraan secara sukarela, menurut satu tinjauan yang diminta oleh dpa.
Awal bulan ini, kerajaan campuran Canselor Friedrich Merz bersetuju melaksanakan pembaharuan khidmat ketenteraan yang pada peringkat awal akan berasaskan penyertaan sukarela.
Di bawah pelan itu, semua lelaki berumur 18 tahun perlu mengisi borang soal selidik dan hadir untuk pemeriksaan perubatan kerahan tentera.
Tinjauan yang dijalankan oleh YouGov mendapati 62 peratus responden menyokong model itu, manakala 31 peratus menentangnya dan tujuh peratus tidak memberikan jawapan.
Namun, mereka yang disoal selidik lebih berbelah bahagi jika kerahan wajib perlu dipertimbangkan sekiranya penyertaan sukarela tidak mencukupi. Tinjauan mendapati 53 peratus menganggap langkah itu "sepenuhnya" atau "agak" sesuai, manakala 37 peratus berkata ia "sepenuhnya" atau "agak" tidak sesuai, dan 10 peratus tidak tahu atau tidak memberi jawapan.
YouGov menemu bual 2,387 individu dari 14 hingga 18 Nov. Keputusan tinjauan mempunyai ralat statistik antara 0.87 hingga 2.01 mata peratus.
Jerman menggantung khidmat ketenteraan wajib pada 2011, namun ia boleh diaktifkan semula melalui majoriti mudah di Parlimen, termasuk ketika ketegangan meningkat atau kecemasan pertahanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#pelan khidmat ketenteraan
#sukarela
#Friedrich Merz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan