awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mak nyah berjambang menang pertandingan nyanyian di Denmark

Agensi
Agensi
11/05/2014
02:45 MYT
Mak nyah berjambang menang pertandingan nyanyian di Denmark
Penyertaan Wurst dibimbangi akan mencetuskan kontroversi di negara konservatif - gambar AFP
Conchita Wurst dari Austria memenangi pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini yang diadakan di Copenhagen pada Ahad.
Wurst yang turut dikenali sebagai mak nyah berjambang atau ‘Bearded Drag Queen’ telah menyampaikan lagu Rise Like a Phoenix dalam pertandingan tersebut.
Penyertaan Wurst, 25, atau nama sebenarnya Tom Neuwirth ke dalam pertandingan tersebut sebelum ini telah menarik perhatian ramai dan ianya dibimbangi akan mencetuskan kontroversi di negara-negara konservatif.
“Kita tetap bersatu dan tiada yang dapat menghalangnya” katanya ketika memenangi pertandingan tersebut dengan 290 markah.
Peserta tempat kedua dari Netherland memperolehi 230 markah.
Sejak pertandingan Eurovision ini diadakan pada tahun 1956, pengundian sering dikaitkan dengan politik dan pada tahun ini, ada ura-ura mengatakan penonton akan memberikan mata kepada Rusia.
Negara Azerbaijan dan Belarus memberikan markah yang tinggi kepada peserta Rusia, Tolmachevy Sisters yang mendendangkan lagu Shine.
Wurst tidak menjadi calon kegemaran sehinggalah di sesi separuh akhir pada Khamis.
Wurst juga mendapat banyak tentangan dari Rusia, Ukraine dan Belarus agar disingkirkan dari pertandiangan.
Di Austria, pemimpin sayap kanan, parti FPOe menggelarkan persembahan Wurst sebagai ‘tidak masuk akal’.
“Saya tidak ada rasa malu. Saya takkan berhenti untuk memukaukan penonton dengan janggut ini” katanya kepada AFP.
Wurst tidak dapat menahan emosi ketika diumumkan sebagai pemenang.
Kebanyakan markah yang diperolehinya adalah hasil undian negara Britain, Sweden dan Netherland.
Topic Berkaitan
#Conchita Wurst
#pertandingan nyanyian Eurovision
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan