awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar

Bernama
Bernama
28/04/2024
10:35 MYT
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Anwar berkata, Putrajaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun. - Gambar/ Bernama
RIYADH: Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Putrajaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun.
"Kami terlibat dan bergantung kepada sokongan, kerjasama dan pelaburan dari Barat seperti AS dan Eropah, dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea (Selatan) dan Jepun.
"Ini terutama dengan China memandangkan terdapat pelaburan dan minat yang semakin meningkat," katanya pada sesi pleno pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baharu Pembangunan Global hari ini.
Secara kumulatif, AS berada pada kedudukan pertama dari segi jumlah pelaburan di Malaysia manakala China pula menunjukkan peningkatan sebagai antara pelabur utama.
Anwar berkata pendirian Malaysia adalah jelas untuk tidak akan membuat sebarang keputusan yang dilihat sebagai provokatif antara satu dengan lain.
"Kami mengalu-alukan pelaburan berdasarkan ketetapan kami," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi sesebuah ekonomi sedang pesat membangun yang kecil, tindakan pengimbangan bukanlah sesuatu yang mudah.
"Saya berpandangan setakat ini kami telah berjaya," katanya.
"Kami perlu mengemudi dengan bijak dan kami bernasib baik memandangkan terdapat konsensus Asean mengenai perkara ini walaupun tidak sepenuhnya kerana kekuatan yang berbeza, tetapi sekurang-kurangnya dalam mekanisme Asean, terdapat keadaan seperti ini untuk kami mengekalkan (pendirian) berkecuali kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mesyuarat Khas WEF
#Arab Saudi
#dasar malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan