DUNIA
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
“Iran bersedia untuk berunding atas asas kefahaman bersama bukan melalui paksaan," kata Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi. - Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Malaysia diharap dapat memainkan peranan sebagai pengantara dalam rundingan diplomatik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).
Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berpendapat langkah tersebut dilihat dapat meredakan ketegangan dan mencari penyelesaian yang aman antara kedua-dua pihak.
Beliau menegaskan, republik Islam itu sentiasa berusaha menyelesaikan konflik di atas meja rundingan bukan melalui jalan peperangan.
“Iran bersedia untuk berunding atas dasar kefahaman bersama, bukan sebelah pihak yang memberi arahan kepada kamu untuk ‘lakukan ini, lakukan itu’, ia mesti melalui rundingan bukan paksaan.
“Jadi Malaysia (dilihat) boleh membawa ke arah rundingan melalui penyelesaian diplomatik dan politik, bukan melalui peperangan atau aktiviti ketenteraan,” katanya semasa sidang media di Kedutaan Iran di sini pada Jumaat.
Mohammadi Nasrabadi turut menyentuh mengenai peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN pada tahun lalu apabila menjadi ‘orang tengah’ dalam konflik sempadan antara Thailand-Kemboja.
“Malaysia sentiasa menjadi sebuah negara yang aman dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah jiran,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan setiap kali Iran berusaha ke arah rundingan damai, ia sering disabotaj oleh serangan oleh pihak lawan yang mencetuskan ketegangan
“Mereka yang menyerang kami sebenarnya ingin menunjukkan kekuatan supaya Iran bimbang dan menerima kehendak mereka,” katanya.
Tambahnya, sejak berabad dahulu Iran tidak pernah memulakan serangan terhadap mana‑mana pihak, sebaliknya sering menjadi sasaran tindakan ketenteraan dan tekanan dari negara lain dalam sejarah konflik serantau.
Beliau turut mengambil contoh Perang Iran–Iraq yang bermula pada 1980, serta sekatan ekonomi yang dikenakan oleh AS ke atas Iran sejak Revolusi Islam 1979 yang menyebabkan rakyat negara itu menderita berdekad lamanya.
Sidang media tersebut diadakan bersempena Hari Kebangsaan Iran yang akan disambut pada 10 Februari depan ditengah-tengah rundingan antara Iran dan AS yang sedang berlangsung Muscat, Oman.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Jumaat turut menyatakan bahawa rundingan nuklear dengan AS yang dibantu oleh Oman telah bermula dengan baik dan dijangka akan diteruskan.
Mohammadi Nasrabadi turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran pada Januari lalu.
Menurut Anwar situasi tersebut berpotensi berkembang menjadi konflik terbuka dengan kesan yang meluas ke Asia Barat dan rantau lain.
“Rantau Teluk Parsi sangat penting dan jika berlaku ketegangan atau peperangan ia boleh memberi kesan kepada negara lain juga,” katanya lagi.