KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa penggunaan kuasa veto oleh ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dihadkan dan memperjuangkan pembaharuan menyeluruh Majlis itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menyokong resolusi terbaharu A/RES/76/262, yang diterima pakai pada Selasa (26 April), selaras dengan kedudukannya mengukuhkan hubungan dan penyelarasan antara Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan berkaitan keamanan dan keselamatan.
Resolusi itu memberi mandat kepada Presiden Perhimpunan Agung (PGA) untuk mengadakan mesyuarat rasmi dalam tempoh 10 hari bekerja apabila satu atau lebih ahli tetap Majlis Keselamatan menggunakan kuasa veto, seterusnya mengadakan perbahasan mengenai isu yang diveto, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat.
Resolusi itu juga akan membuka lebih ruang perbahasan ke atas usul yang telah diveto bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti terhadap penggunaan kuasa veto.
"Penerimaan resolusi itu jelas menunjukkan perkembangan positif berhubung penggunaan veto oleh Anggota Tetap Majlis Keselamatan.
Ia merupakan satu pencapaian kecil namun melambangkan penambahbaikan terhadap prosedur kerja Majlis Keselamatan PBB.
"Malaysia berpendapat penggunaan veto adalah tidak demokratik kerana ia sering digunakan secara tidak adil dan menyekat suara majoriti.
"Oleh itu, Malaysia adalah antara negara yang konsisten menggesa pemansuhan penggunaan kuasa veto selaras dengan prinsip kedaulatan yang saksama dalam Piagam PBB.
"Sebagai alternatif, Malaysia menggesa agar penggunaan veto dihadkan. Dalam hal ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah pembaharuan menyeluruh Majlis Keselamatan," kenyataan itu memetik Saifuddin sebagai berkata.
Media antarabangsa melaporkan UNGA memutuskan pada Selasa untuk bertemu secara automatik dalam tempoh 10 hari, jika veto digunakan dalam Majlis Keselamatan oleh mana-mana lima anggota tetapnya.
China, Perancis, Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk memveto resolusi Majlis Keselamatan, yang termaktub dalam Piagam PBB -- hak yang diberikan kepada negara terbabit kerana peranan utama mereka dalam penubuhan PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022

Malaysia berpendapat penggunaan veto adalah tidak demokratik kerana ia sering digunakan secara tidak adil dan menyekat suara majoriti. - Gambar fail/REUTERS

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC

Malaysia gesa kuasa veto UNSC dihadkan, berusaha ke arah pembaharuan Majlis Keselamatan
Malaysia menyokong resolusi terbaharu A/RES/76/262, yang diterima pakai pada Selasa (26 April).

SAC-M gesa Majlis Keselamatan PBB ambil tindakan terhadap Myanmar
Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M) menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak balas terhadap krisis yang semakin meningkat di Myanmar.

Malaysia amat prihatin konflik di Ukraine semakin serius - Ismail Sabri
Pada masa genting ini, setiap usaha perlu dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian konflik secara aman dan damai, kata Ismail Sabri.

AS kecam tindakan Korea Utara lancar peluru berpandu
Amerika Syarikat mengecam pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara (DPRK) awal minggu.

Enam syor bagi OIC perjuangkan nasib rakyat Palestin, hentikan kekejaman Israel - Hishammuddin
Malaysia telah menetapkan enam perkara terhadap OIC bagi menekan Majlis Keselamatan PBB agar segera bertindak bagi menghentikan keganasan rejim Israel di bumi Palestin.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

Negara anggota PBB perlu terus waspada - Muhyiddin
Komunikasi telus, rangkaian kerja yang baik, dan kerjasama risikan yang lebih baik di peringkat negara dan juga antarabangsa, adalah penting bagi memerangi keganasan dan radikalisme.

172 negara sokong inisiatif Malaysia, optimis Majlis Keselamatan PBB realisasi gencatan senjata
Inisiatif Kenyataan Bersama mengenai gencatan senjata diketuai Malaysia berjaya mendapat sokongan 172 buah negara dan pemerhati PBB. Namun, ia tidak mudah dan misi ini tidak hanya berhenti di sini.

Anak lelaki Osama, Hamza dilapor meninggal dunia
Bagaimanapun, kematian Hamza belum disahkan Tentera AS atau agensi perisikan.

EU tolak keputusan Trump iktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights
Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menganggap Golan Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.