awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa tindakan untuk redakan ketegangan antara negara anggota OIC

Bernama
Bernama
22/01/2016
14:19 MYT
Malaysia gesa tindakan untuk redakan ketegangan antara negara anggota OIC
Menurut Anifah berkongsi sikap prihatin negara lain berhubung serangan penunjuk perasaan baru-baru ini terhadap premis diplomatik dan konsul Arab Saudi di Iran. - Gambar Fail
Malaysia membuat gesaan agar langkah sewajarnya diambil bagi meredakan sebarang ketegangan yang wujud antara negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Ketika berucap pada Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri Luar OIC pada Khamis (21 Jan) di Jeddah berikutan serangan penunjuk perasaan terhadap pejabat perwakilan Arab Saudi di Iran baru-baru ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menggesa agar persengketaan antara negara Islam segera ditamatkan.
"Sekarang adalah masa untuk bersikap terbuka, berterus terang dan jujur dengan diri kita sendiri bahawa kini terdapat masalah berterusan dalam kalangan negara Islam. Persengketaan sesama kita perlu dihentikan. Ia merugikan Ummah.
"Kita terlalu sibuk dengan masalah sesama kita hingga kita mengabaikan objektif kita untuk memastikan kemajuan Ummah," katanya dalam kenyataan yang dihantar ke sini.
Anifah berkata OIC perlu menjadi titik yang menyatukan umat Islam dan negara anggotanya berlandaskan semangat persaudaraan dan kerjasama.
Oleh itu, Malaysia menyeru semua negara anggota OIC yang prihatin supaya mencari jalan untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan negara anggota OIC, katanya.
"Kita perlu hentikan apa jua tindakan yang bercanggah dan tidak memberi manfaat kepada Ummah. Langkah demikian akan hanya melemahkan perpaduan sesama kita. Tidak dapat dinafikan, kita juga yang akan rugi akhirnya," kata beliau.
Malaysia, katanya, berkongsi sikap prihatin negara lain berhubung serangan penunjuk perasaan baru-baru ini terhadap premis diplomatik dan konsul Arab Saudi di Iran.
Beliau berkata serangan terhadap Kedutaan Arab Saudi di Teheran dan Konsul Jeneralnya di Mashhad pada 4 Jan mengakibatkan kerosakan serius terhaap pejabat perwakilan itu dan perbuatan tersebut secara jelas mencabuli Konvensyen Vienna 1961, katanya.
"Kami menyeru semua negara yang prihatin supaya mematuhi konvensyen itu, yang kita semua mengesahkannya, serta mengambil langkah untuk memastikan kesucian pejabat perwakilan diplomatik sentiasa terpelihara," katanya.
Malaysia menegaskan sekali lagi tentang perlunya semua pihak yang prihatin supaya bertenang berikutan kejadian baru-baru ini serta berusaha untuk memelihara keamanan dan keselamatan.
"Ketidakstabilan dan konflik akan hanya menyediakan tempat untuk pihak yang berniat jahat untuk berkembang," katanya.
Oleh itu, Malaysia menyeru negara anggota supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh melemahkan usaha ke arah memelihara keamanan dan keselamatan, kata beliau.
Anifah berkata penyelesaian konflik secara aman perlu menjadi keutamaan semua pihak.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Arab Saudi
#Iran
#Kementerian Luar Negara
#pertubuhan kerjasama islam
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan