awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia giat usahakan pembebasan aktivis Malaysia daripada tahanan haram Israel

Bernama
Bernama
09/10/2025
15:45 MYT
Malaysia giat usahakan pembebasan aktivis Malaysia daripada tahanan haram Israel
Kerajaan turut menggerakkan usaha ini dengan kerjasama negara sahabat, khususnya Turkiye. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi mendapatkan pembebasan segera dan tanpa syarat sembilan rakyat Malaysia yang juga peserta misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG), yang ditahan secara haram oleh rejim Israel sejak 8 Okt.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, usaha turut dijalankan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Ankara, serta pasukan perundangan antarabangsa bagi memastikan akses konsular kepada rakyat Malaysia yang ditahan, selain mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka ke tanah air dengan selamat.
Kerajaan turut menggerakkan usaha ini dengan kerjasama negara sahabat, khususnya Turkiye, menurut kenyataan itu.
"Kesemua sembilan rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Keselamatan dan kebajikan semua warganegara Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi kerajaan," menurut kenyataan itu.
Misi kemanusiaan FFC dan TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara menaiki sembilan kapal, termasuk Conscience dan Umm Saad, yang telah dipintas oleh pasukan Israel pada 8 Okt ketika mereka berada kurang daripada 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.
Para aktivis berkenaan dilaporkan ditahan di Penjara Ketziot di wilayah Negev, Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Gaza
#Israel
#Conscience
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami