awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hulur bantuan kepada pesantren di Jakarta

Bernama
Bernama
25/12/2016
03:27 MYT
Malaysia hulur bantuan kepada pesantren di Jakarta
Zahrain dalam ucapannya berkata bantuan kewangan itu adalah sebagai aktiviti kebajikan kedutaan yang turut disokong ahli-ahli perniagaan Malaysia dan syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia. - Gambar fail
Masalah dan kedaifan sekolah agama yang dikenali sebagai pondok pesantren di Indonesia sentiasa mendapat perhatian dari Malaysia.
Malaysia menerusi Kedutaan Besarnya di Indonesia hari ini menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah lebih 30 juta rupiah (kira-kira RM10,000) kepada Pondok Pesantren Al I'tishom di Jakarta Selatan di sini.
Sumbangan itu disampaikan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada pengetua pesantren itu, Marzuki Arman Abduh.
Zahrain dalam ucapannya berkata bantuan kewangan itu adalah sebagai aktiviti kebajikan kedutaan yang turut disokong ahli-ahli perniagaan Malaysia dan syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia.
Katanya kerajaan sebagai negara jiran yang paling hampir dan akrab, sentiasa memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan di Indonesia.
"Ini adalah tanggungjawab sosial dan Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia, memilih Pesantren Al I'tishom untuk menerima bantuan bagi tahun ini," katanya.
Sementara itu, Marzuki dalam ucapannya berkata bantuan kewangan yang diberikan sememangnya sesuatu yang sangat diharapkan.
Beliau berkata, setakat ini pesantren itu mempunyai 250 pelajar yang sedang mengikuti pendidikan sekolah rendah dan menengah selain pengajian agama dan pihaknya juga terpaksa membiayai gaji untuk 30 tenaga pengajarnya.
Katanya bantuan itu membuktikan hubungan dengan Malaysia bukan sekadar antara kerajaan dan kerajaan malah mempunyai hubungan akrab sesama insan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#indonesia-malaysia
#kedutaan
#kerajaan
#pesantren
#sekolah agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan