Malaysia-Indonesia bincang Laluan Hijau Timbal Balik - PM

Hasimi Muhamad
Februari 5, 2021 05:27 MYT
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu bertujuan merangsang perniagaan dan ekonomi kedua-dua negara dalam tempoh pandemik COVID-19 masa ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia-Indonesia telah memulakan perbincangan awal di peringkat kerja berhubung Laluan Hijau Timbal Balik (Reciprocal Green Lane) bagi perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu bertujuan merangsang perniagaan dan ekonomi kedua-dua negara dalam tempoh pandemik COVID-19 masa ini.
"Saya juga berharap kedua-dua pihak dapat mengiatkan lagi rundingan bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) untuk melaksanakan Reciprocal Green Lane.
BACA: Isu politik Myanmar: Menteri Luar Malaysia, Indonesia diberi mandat adakan Mesyuarat Khas ASEAN
Sidang media bersama Muhyiddin - Joko Widodo
"Saya percaya kedua-dua negara akan mencapai kata sepakat mengenai SOP dalam waktu terdekat," katanya dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta pada Jumaat.
Jelas Muhyiddin, apa yang penting ialah pihak berkuasa kedua-dua negara perlu meneliti situasi semasa COVID-19 sebelum ia dapat dilaksanakan.
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.
Sambutan negara di Istana Merdeka, Jakarta
#Joko Widodo #Muhyiddin Yassin #Reciprocal Green Lane #RGL #Pandemik COVID-19 #rentas sempadan #Laluan Hijau Timbal Balik #Malaysia #Indonesia #ASEAN #COVID-19