awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu politik Myanmar: Menteri Luar Malaysia, Indonesia diberi mandat adakan Mesyuarat Khas ASEAN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/02/2021
05:13 MYT
Isu politik Myanmar: Menteri Luar Malaysia, Indonesia diberi mandat adakan Mesyuarat Khas ASEAN
Pertemuan Muhyiddin dan Jokowi di Istana Merdeka, Jakarta pada Jumaat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Luar Negeri Malaysia dan Indonesia diberikan mandat untuk mencari kesepakatan untuk mengadakan Mesyuarat Khas ASEAN berhubung pergolakan politik yang berlaku di Myanmar.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat tersebut perlu diadakan bagi membincang secara lebih mendalam berhubung situasi semasa di Myanmar.
Muhyiddin berkata, ia penting bagi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara tidak terjejas.
Sidang media bersama Muhyiddin - Joko Widodo
"Seperti Indonesia, Malaysia juga memandang serius dengan keadaan semasa di Myanmar yang merupakan satu langkah terkebelakang dalam proses demokrasi negara tersebut.
BACA: PM Muhyiddin adakan pertemuan empat mata dengan Jokowi
"Ia adalah dikhuatiri pergolakan di Myanmar boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau ini.
Sambutan negara di Istana Merdeka, Jakarta
"Sehubungan itu, saya bersetuju supaya kedua-dua menteri luar diberikan mandat utnuk mencari kesepakatan supaya Mesyuarat Khas ASEAN diadakan bagi membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam," katanya dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta pada Jumaat.
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.
Pada 1 Februari lalu, tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokratik.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Jokowi
#Joko Widodo
#ASEAN
#Myanmar
#Perdana Menteri
#mesyuarat ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan