DUNIA
Malaysia, Kalimantan Barat miliki potensi besar dalam pelbagai sektor - Konsul Malaysia
Azizul Zekri berkata hampir 500,000 warga Kalimantan berkunjung ke Sarawak manakala sekitar 400,000 rakyat Malaysia memasuki Kalimantan Barat melalui jalan darat tahun lepas. - Gambar Konsulat Malaysia Pontianak
JAKARTA: Potensi besar dalam sektor pelancongan, pendidikan, perdagangan dan perubatan dapat dilihat hasil pergerakan aktif rakyat Malaysia dan Indonesia melalui pintu sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.
Konsul Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahim berkata hampir 500,000 warga Kalimantan berkunjung ke Sarawak manakala sekitar 400,000 rakyat Malaysia memasuki Kalimantan Barat melalui jalan darat tahun lepas, mencerminkan kerjasama rentas sempadan yang semakin berkembang.
Beliau berkata potensi itu akan diperkukuh dengan penyambungan semula penerbangan terus dari Pontianak ke Kuching dan Kuala Lumpur bermula 12 Sept, selepas lima tahun terhenti, susulan pengembalian status Lapangan Terbang Supadio sebagai lapangan terbang antarabangsa pada Jun lalu.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 pada Isnin, menurut Konsulat Malaysia di Pontianak dalam satu kenyataan, hari ini.
Azizul Zekri, menegaskan pilihan penerbangan terus itu akan memperluas hubungan antara rakyat yang sebelum ini terbatas kepada laluan darat serta memberi impak positif terhadap ekonomi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kedua-dua negara, khususnya di sempadan.
Majlis itu dihadiri kira-kira 400 tetamu termasuk Gabenor Kalimantan Barat Ria Norsan, Panglima Tentera Wilayah Tanjungpura Mejar Jeneral Jamalullael, Timbalan Ketua Polis Kalimantan Barat Brigedier Jeneral Roma Hutajulu, tokoh politik tempatan dan komuniti Malaysia.
Lawatan delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menjalin kerjasama akademik dengan Universiti Tanjungpura di Pontianak sempena resepsi turut menjadi bukti sektor pendidikan menerima manfaat daripada hubungan erat itu, tambahnya.
Sementara itu, Ria dalam ucapannya komited untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala, khususnya Kalimantan Barat-Sarawak dalam pelbagai bidang untuk manfaat penduduk di kedua-dua wilayah.
Majlis diserikan dengan acara memotong Pulut Kuning serta persembahan kebudayaan oleh kumpulan penari dari Sarawak, Carma Dance, bersama anak-anak dan kakitangan konsulat yang menampilkan persembahan muzik, nyanyian serta silat.
Para tetamu juga berpeluang menyaksikan peragaan busana tradisional Malaysia termasuk baju kurung Kedah serta busana pengantin, selain menikmati hidangan khas Malaysia seperti nasi lemak dan teh tarik serta 24 jenis kuih-muih, termasuk kek lapis Sarawak.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini