awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Peshawar

Bernama
Bernama
01/02/2023
10:45 MYT
Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Peshawar
Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad terus memantau dengan teliti perkembangan terkini insiden itu di samping berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.
Malaysia juga mengulangi pendirian menolak sebarang tindakan keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.
"Kami bersolidariti bersama saudara dan saudari Pakistan dalam memerangi ancaman keganasan dan kami menyeru agar pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan," menurut kenyataan itu.
Kementerian, menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad terus memantau dengan teliti perkembangan terkini insiden itu di samping berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.
Suruhanjaya tinggi turut menasihatkan rakyat Malaysia di Pakistan supaya sentiasa berwaspada, manakala orang ramai yang memerlukan sebarang bantuan, boleh menghubungi talian (+92 5120 2900) atau e-mel [email protected].
Angka kematian akibat insiden pengeboman itu meningkat kepada 100 nyawa susulan lebih banyak mayat ditemukan dalam runtuhan masjid pada Selasa.
Pengebom bunuh diri disyaki menyasarkan anggota polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Masjid berkenaan terletak di zon keselamatan tinggi, termasuk membabitkan pelbagai unit keselamatan seperti Polis Ibu Kota, Polis Simpanan Sempadan, Pasukan Polis Elit dan jabatan anti keganasan.
Lebih 220 jemaah cedera dalam letupan itu, dan kebanyakan mangsa adalah anggota polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#serangan masjid
#peshawar
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan