DUNIA
Malaysia kecam serangan udara Israel ke atas Doha
Pada Selasa, Israel melancarkan serangan ke atas Qatar menyasarkan kepimpinan Hamas yang menjadikan negara Teluk itu sebagai pangkalan politik mereka sejak sekian lama. - Foto AP
KUALA LUMPUR : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan pencerobohan melampau serta pelanggaran jelas terhadap kedaulatan Qatar dan undang-undang antarabangsa.
Anwar menerusi perkongsian di Facebooknya menegaskan, tindakan tidak berperikemanusiaan itu membahayakan nyawa orang awam, menyerang ibu negara yang berdaulat, dan boleh mencetuskan ketegangan yang lebih serius di rantau yang sudah pun bergolak.
“Dengan menyasarkan Qatar, sebuah negara yang memainkan peranan penting dalam usaha pengantaraan dan dialog di Asia Barat, Israel telah menunjukkan sikap tidak menghormati perdamaian dan diplomasi.
“Serangan seperti ini adalah tidak dapat diterima dan sama sekali tidak dapat dipertahankan,” ujarnya.
Ujar Anwar lagi, Malaysia menyatakan solidariti penuh terhadap Qatar dan menggesa masyarakat antarabangsa agar segera mengambil tindakan untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pencerobohan yang keterlaluan itu.
Pada Selasa, Israel melancarkan serangan ke atas Qatar menyasarkan kepimpinan Hamas yang menjadikan negara Teluk itu sebagai pangkalan politik mereka sejak sekian lama.
Qatar sebelum ini berperanan sebagai tuan rumah rundingan gencatan senjata serta menjadi saluran bantuan kemanusiaan utama ke Gaza.
Tindakan Israel itu dikritik hebat di peringkat antarabangsa dan dilihat sebagai satu bentuk peluasan konflik yang boleh menjejaskan keselamatan Teluk, selain berisiko mencetuskan ketegangan dengan negara-negara Arab lain yang sebelum ini menjadi perantara dalam usaha damai Palestin-Israel.