DUNIA
Malaysia kekal teguh bersama Gaza, keberanian sukarelawan simbol solidariti - PM Anwar
Misi GSF, yang disertai lebih 500 aktivis daripada 44 negara termasuk Malaysia, memulakan pelayaran ke Gaza sekitar akhir Ogos hingga awal September lepas sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keberanian sukarelawan kemanusiaan Malaysia yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza menjadi simbol keteguhan solidariti negara dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat di pentas antarabangsa.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tatkala kuasa besar dunia membisu dan menghukum mereka yang bersuara menentang kezaliman rejim Zionis, Malaysia tampil secara terbuka menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
"Apabila flotilla diserang Israel pada 2 Okt lepas dan sukarelawan termasuk 23 anak Malaysia ditahan, kita bergerak pantas tanpa berlengah.
"Setiap saat dimanfaatkan untuk merangka strategi, menggerakkan saluran diplomatik dan memastikan keselamatan mereka menjadi keutamaan mutlak negara," kata Anwar dalam catatan di Facebook.
Beliau berkata rundingan tertinggi dengan Turkiye, Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat membuahkan hasil apabila kesemua wira kemanusiaan negara dibebaskan dengan selamat dan kembali ke tanah air pada 7 Okt lepas, sekali gus menjadi berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan itu dengan penuh harapan.
"Keberanian mereka membelah lautan dan keteguhan jiwa memperjuangkan nasib saudara kita di Palestin, meskipun diperlakukan secara biadab dalam tahanan Israel, menjadi cerminan kekuatan solidariti Malaysia.
"Semoga keberanian ini terus menyala dan memandu kita untuk berdiri teguh bersama Gaza sehingga keadilan tertegak di bumi Palestin yang merdeka," katanya.
Misi GSF, yang disertai lebih 500 aktivis daripada 44 negara termasuk Malaysia, memulakan pelayaran ke Gaza sekitar akhir Ogos hingga awal September lepas sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel ke atas kawasan itu dengan membawa bekalan keperluan kepada penduduk yang terkesan.
Bagaimanapun, flotila bantuan itu dipintas tentera Israel di zon merah perairan Laut Mediterranean pada 2 Okt dan kesemua sukarelawan dibawa secara paksa ke Pelabuhan Ashdod.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sukarelawan kemanusiaan Malaysia menunjukkan keteguhan solidariti negara terhadap rakyat Palestin di Gaza, walaupun berdepan dengan tindakan biadab Israel.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan Malaysia terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
- Melalui rundingan dengan negara lain, Malaysia berjaya membebaskan semua sukarelawan kemanusiaan termasuk 23 anak Malaysia yang ditahan oleh Israel, menimbulkan harapan dan kegembiraan di kalangan rakyat Malaysia.