awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria

Bernama
Bernama
17/12/2024
13:15 MYT
Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pelbagai lokasi di wilayah Syria bertentangan dengan prinsip asas Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa. - Gambar fail/Reuters/Jamal Awad
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki, yang secara terang-terangan melanggar integriti wilayah dan kedaulatan Syria.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pelbagai lokasi di wilayah Syria bertentangan dengan prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa.
"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar menunaikan tanggungjawab undang-undang dan moral mereka dengan memastikan Israel segera menghentikan semua serangan haram dan bertanggungjawab atas pendudukan haram di tanah Syria, selaras dengan Resolusi 497 (1981) Majlis Keselamatan PBB.
"Malaysia menuntut Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB berkaitan, termasuk Resolusi 79/83 yang diterima pakai pada 3 Disember 2024," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali sebagai Wisma Putra turut mengesahkan sokongan Malaysia terhadap kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria.
Menurut kementerian itu, Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan di Syria dan rantau Asia Barat yang lebih luas.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Israel
#integriti
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan