KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Malaysia mengutuk pelaksanaan hukuman mati terhadap empat aktivis oleh junta Myanmar dan melihat tindakan itu sebagai satu jenayah terhadap manusia sejagat.
Saifuddin berkata demikian pada Selasa dalam satu sidang media selepas bertemu Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Myanmar, Noeleen Heyzer, yang mengulangi kutukan keras Setiausaha Agung terhadap hukuman mati itu, yang dilihat sebagai pencabulan terang-terangan terhadap hak untuk hidup, kebebasan, dan keselamatan manusia.
Saifuddin dan Noeleen semasa pertemuan berkenaan melihat pelaksanaan hukuman mati itu sebagai merencatkan usaha ASEAN, termasuk Konsensus Lima Perkara (5PC), dalam membantu mencari penyelesaian untuk Myanmar.
Beliau berkata pelaksanaan hukuman mati itu berlaku kurang dua minggu selepas Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar, Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn, melawat Myanmar dan hanya kira-kira seminggu sebelum mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Phnom Penh pada 3 Ogos.
"Kami melihatnya seolah-olah junta mempersenda 5PC ASEAN dan saya fikir kita perlu melihat perkara ini dengan serius.
"Saya percaya pertemuan menteri-menteri luar ASEAN di Phnom Penh nanti akan meneliti perkara itu," katanya pada sidang media itu yang diadakan di bangunan Parlimen.
Hukuman mati terhadap empat lelaki itu - Phyo Zeya Thaw, bekas anggota Parlimen Liga Demokratik Kebangsaan (NLD); aktivis terkemuka Kyaw Min Yu, yang juga dikenali sebagai 'Ko Jimmy'; Aung Thura Zaw; dan Hla Myo Aung - yang kesemuanya didakwa di bawah undang-undang antikeganasan, merupakan hukuman mati pertama dilaksanakan di Myanmar sejak 1988, menurut Amnesty International, yang sehingga kini menganggap negara itu sebagai telah menghapuskan hukuman mati.
Pelaksanaan hukuman mati itu pada hujung minggu lepas yang mengejutkan dunia dilaporkan secara meluas dan menerima kecaman antarabangsa.
Sejak rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah dibunuh oleh kerjaan tentera yang diketuai Jeneral Min Aung Hlaing, dalam kempennya untuk menamatkan kebangkitan meluas terhadap pemerintahan tentera.
Saifuddin dan Noeleen turut kesal kerana tiada kemajuan sebenar ditunjukkan dalam pelaksanaan 5PC setakat ini, dan disebabkan itu Malaysia sangat menyokong idea Noeleen bahawa perlu ada rangka kerja yang sesuai untuk pelaksanaannya.
Malaysia akan membentangkan beberapa cadangan mengenai rangka kerja itu semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Phnom Penh dengan elemen utama rangka kerja itu mesti ada garis penamat bagi 5PC ASEAN.
Melihat ke hadapan, Saifuddin dan Noeleen menekankan keperluan untuk penglibatan inklusif semua pihak berkepentingan di Myanmar.
Sementara itu, Saifuddin berkata Malaysia telah memutuskan Myanmar tidak dibenarkan menghantar perwakilan politik ke mana-mana mesyuarat peringkat menteri antarabangsa.
"Sebelum ini, pendirian Malaysia adalah Myanmar tidak seharusnya dijemput untuk menghantar perwakilan politik ke semua sidang kemuncak ASEAN kerana kita tidak melihat kemajuan yang jelas bagi 5PC," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu atas alasan kerajaan Malaysia serius dalam isu perwakilan politik Myanmar.
Noeleen dalam misi dua hari beliau ke Kuala Lumpur atas jemputan Saifuddin turut mengadakan perbincangan yang sangat produktif dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai situasi di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Saifuddin berkata Malaysia telah memutuskan Myanmar tidak dibenarkan menghantar perwakilan politik ke mana-mana mesyuarat peringkat menteri antarabangsa. - Gambar/ Bernama
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.