awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk rancangan Israel di Gaza sebagai pembersihan etnik

Bernama
Bernama
08/05/2025
14:18 MYT
Malaysia kutuk rancangan Israel di Gaza sebagai pembersihan etnik
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mewujudkan "kependudukan berterusan" di Gaza dengan mengusir secara paksa lebih dua juta penduduk Palestin dari wilayah itu, menyifatkannya sebagai tindakan pembersihan etnik. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mewujudkan "kependudukan berterusan" di Gaza dengan mengusir secara paksa lebih dua juta penduduk Palestin dari wilayah itu, menyifatkannya sebagai tindakan pembersihan etnik.
Dalam kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar menyatakan pelaksanaan kawalan ketenteraan ke atas bantuan kemanusiaan serta pengusiran sistematik terhadap orang awam merupakan pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan memaparkan sikap angkuh Israel yang terus-menerus mencabar peraturan serta norma undang-undang tersebut.
"Pengusiran secara paksa dan menggunakan kebuluran sebagai senjata adalah jenayah perang. Malaysia menolak sebarang alasan atau justifikasi yang menghalau rakyat Palestin dari Gaza. Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk pembersihan etnik," menurut kenyataan itu.
Kementerian turut menegaskan bahawa pencerobohan Israel yang kini melangkaui sempadan Palestin, termasuk serangan udara ke atas pelabuhan Hodeidah di Yaman, Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa serta beberapa lokasi lain di rantau itu, menunjukkan kekejaman berleluasa Israel yang mengancam nyawa orang awam serta kestabilan serantau.
"Tindakan sedemikian mengukuhkan lagi kedudukan Israel sebagai pelanggar bersiri undang-undang antarabangsa - kekebalan Israel mesti dihentikan dan semua pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera mengambil tindakan, sambil menegaskan bahawa sekatan terhadap Gaza dan serangan ke atas orang awam mesti dihentikan serta-merta.
Malaysia mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kutuk
#Israel
#kependudukan berterusan
#Gaza
#pembersihan etnik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan