[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh

Bernama 12/05/2022 | 14:21 MYT
Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. - Gambar/ Al Jazeera
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam catatan Twitternya pada Khamis berkata pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
"Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya," katanya.
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Palestin, kata Saifuddin.
Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
-- BERNAMA
#Malaysia #Palestin #Israel #wartawan al jazeera