awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar

Bernama
Bernama
17/03/2016
12:09 MYT
Malaysia kutuk serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar
Semalam, satu letupan berlaku di dalam sebuah bas yang dinaiki kakitangan kerajaan yang sedang dalam perjalanan dari Mardan ke Peshawar. - Foto AFP
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar, Pakistan semalam, yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Pakistan serta keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.
"Malaysia menganggap serangan terbaharu itu sebagai satu tindakan keganasan dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad akan terus memantau situasi itu dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
GALERI FOTO: 16 maut dalam letupan bom di Peshawar Pakistan
Semalam, satu letupan berlaku di dalam sebuah bas yang dinaiki kakitangan kerajaan yang sedang dalam perjalanan dari Mardan ke Peshawar.
Letupan dipercayai berpunca daripada bahan letupan seberat lapan kilogram yang diletakkan di dalam bas terbabit.
Menurut Kementerian Luar, serangan itu turut menyebabkan 53 rakyat negara itu cedera namun sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#letupan
#Pakistan
#peshawar
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan