awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan Israel di Al-Aqsa - Menteri Luar

Fareez Azman
Fareez Azman
16/04/2022
04:01 MYT
Malaysia kutuk serangan Israel di Al-Aqsa - Menteri Luar
Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat sehingga menyebabkan ratusan mangsa cedera. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat sehingga menyebabkan ratusan mangsa cedera.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan, tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.
"Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab tentera rejim Israel yang telah menyerang penganut Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa semalam.
"Perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan tersebut amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia dan ketika umat Islam Palestin sedang berpuasa dan menunaikan ibadah di dalam bulan Ramadan.
"Tentera rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan tersebut merupakan satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada Sabtu.
Sehubungan itu, Malaysia, kata Saifuddin, akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.
Serangan rejim Zionis itu mencederakan kira-kira 150 rakyat Palestin dan ratusan lagi ditahan selepas Masjid Al-Aqsa sekali lagi diserang pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Masjid Al-Aqsa
#rejim Zionis
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan