awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP

Bernama
Bernama
15/07/2016
08:34 MYT
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
AHMAD ZAHID: Enam belas negara itu menyumbang 25.2 peratus daripada perdagangan global bernilai US$9.6 trilion. -Foto Bernama
Malaysia berharap penekanan yang lebih dan langkah-langkah konkrit diberikan untuk merealisasikan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan bebas antara ASEAN dan enam anggota Mesyuarat Asia Eropah (ASEM).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata apabila dimuktamadkan kelak, perjanjian berkenaan menawarkan peluang yang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Secara kolektif, 16 negara RCEP dengan lebih tiga bilion penduduk, menguasai kira-kira 48.6 peratus daripada penduduk dunia, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$22.68 trilion atau 29.3 peratus daripada KDNK dunia.
"Enam belas negara itu menyumbang 25.2 peratus daripada perdagangan global bernilai US$9.6 trilion. Dalam konteks ini, adalah penting untuk memulihkan semula tonggak ekonomi," kata beliau dalam satu kenyataan pada sesi pleno pertama Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (Asem) ke-11 di sini hari ini.
Malaysia, kata beliau, komited kepada proses ini memandangkan perkongsian ekonomi yang mengembangkan perdagangan dan pelaburan adalah penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi Asia dan Eropah.
Pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada 2012, pemimpin-pemimpin serantau secara rasmi bersetuju untuk melancarkan rundingan mengenai RCEP, yang bertujuan untuk menjadi blok perdagangan bebas terbesar di dunia, yang terdiri daripada kesemua 10 negara Asean dan China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia serta New Zealand.
Bidang utama rundingan termasuk perdagangan barangan, perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan, kerjasama ekonomi dan teknikal, harta intelek, persaingan, penyelesaian pertikaian dan isu-isu lain yang berkaitan.
Ahmad Zahid berkata 20 tahun selepas penubuhannya, ASEM masih penting dan relevan dalam mengeratkan kerjasama dan hubungan antara Asia dan Eropah.
Kedua-dua rantau, katanya perlu mengenal pasti cara-cara baru untuk meningkatkan lagi perkongsian, dan menambah bahawa mereka perlu bekerjasama melalui tiga tonggak di bawah rangka kerja ASEM, memberi penekanan yang sama terhadap satu sama lain.
Bercakap kepada wartawan Malaysia kemudiannya, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Slovenia Miro Cerar menyampaikan jemputan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawat negara itu.
Dalam pertemuan dua hala yang diadakan di luar acara sidang kemuncak itu, Ahmad Zahid berkata Cerar meminta sokongan Malaysia bagi bekas presiden Danilo Turk, yang merupakan antara 10 calon yang bertanding untuk menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu akan datang.
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#ASEM
#Mesyuarat Asia Eropah
#Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
#RCEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan