awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
29/04/2024
22:45 MYT
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Mesyuarat Khas WEF menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara seiring tiga hasrat yang menjadi tema forum ini, iaitu 'kerjasama global, pertumbuhan'. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : Di sebalik tumpuan terarah kepada usaha mengetengahkan keutamaan strategik dalam isu ekonomi, perdagangan serta pelaburan, Malaysia turut memanfaatkan platform Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh dengan menyuarakan sokongan berterusan kepada rakyat Palestin yang berdepan kezaliman rejim zionis Israel.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan supaya keganasan di Gaza dapat dihentikan.
"Seperti mana yang kita sebut dengan Perdana-Perdana Menteri serta Menteri Luar, keutamaan kita masih lagi berkenaan situasi di Gaza.
"Kecaman kita terhadap kezaliman berterusan terhadap Israel dan harapan Malaysia adalah supaya negara-negara Islam dan negara Arab bersepakat untuk bertegas bahawa hal ini tidak boleh berlanjutan dan dimaafkan.
"Perkara ini turut saya suarakan kepada Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan," kata beliau dalam sidang media pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau secara ringkas turut memaklumkan bahawa Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman menzahirkan hasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia menjelang hujung tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dizahirkan ketika dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Mesir, Jordan dan Pakistan di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh pada Ahad.
"Baginda telah menyebut bahawa baginda akan melawat Malaysia sebelum akhir tahun ini, tetapi itu belum muktamad," ujar beliau.
Dalam liputan Astro AWANI di Riyadh Mesyuarat Khas WEF menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara seiring tiga hasrat yang menjadi tema forum ini, iaitu 'kerjasama global, pertumbuhan dan tenaga untuk pembangunan.'
Hari ketiga lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Arab Saudi dilihat membawa wawasan Malaysia dalam memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Topic Berkaitan
#WEF
#Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Gaza
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan