Malaysia sebuah negara penting untuk umat Islam kerana pemimpinnya lantang bersuara dan berani membuat keputusan demi kebaikan dan kepentingan umat Islam sejagat.
Menteri Hal Ehwal Agama Islam Arab Saudi Sheikh Saleh bin Abdul-Aziz bin Muhammad Al-Sheikh berkata keprihatinan Malaysia terhadap permasalahan umat Islam seluruh dunia wajar dijadikan model.
"Arab Saudi juga menjadikan keprihatinan Malaysia ini, sebagai contoh terbaik," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Muktamar Khayr Ummah 2017 (KUC 2017) di sini, pada Isnin. Ucapannya dalam Bahasa Arab itu diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
Majlis penutupan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, dan penceramah Dr Zakir Naik.
Mengulas lanjut, Sheikh Saleh berkata hubungan Malaysia dan Arab Saudi berada pada tahap terbaik dengan kedua-dua negara menjalin hubungan erat dalam sektor ekonomi, pertahanan dan dalam menangani ancaman keganasan yang turut dihadapi umat Islam seluruh dunia.
Katanya, kedua-dua negara juga turut bekerjasama dalam memperkasa fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sheikh Saleh berkata penganjuran KUC 2017, yang pertama kali diadakan di peringkat ASEAN ini sangat penting dalam mengubah perspektif terhadap imej Islam.
"Muktamar ini juga turut menekankan peranan umat Islam sendiri untuk bersatu dan bersederhana dalam mendepani cabaran yang melibatkan agama Islam," katanya.
Sebanyak 30 kertas penyelidikan dibentangkan pada KUC 2017, yang turut dihadiri lebih 1,200 peserta daripada beberapa negara termasuk Arab Saudi, Filipina, Thailand, Jepun, Indonesia, Vietnam dan Laos.
Muktamar yang julung kali diadakan itu, dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Arab Saudi, dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, JASA, Pertubuhan Al-Khaadem Malaysia dan Pertubuhan Ilmuan Malaysia, manakala Universiti Teknologi MARA pula berperanan sebagai penyelaras program.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Hubungan Malaysia dan Arab Saudi berada pada tahap terbaik dengan kedua-dua negara menjalin hubungan erat dalam sektor ekonomi, pertahanan dan dalam menangani ancaman keganasan. - Gambar hiasan
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.