awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik - PM

Bernama
Bernama
23/09/2023
15:13 MYT
Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
NEW YORK: Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan dan tenaga kerja berkelayakan, selain mempunyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini.
Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perkara itu dikongsikan semasa beliau mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini.
"Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai," kata beliau.
Pada majlis itu juga, Anwar berkata beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.
"Ini sebagai usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau 'brain drain' yang sedang dihadapi negara ketika ini," katanya.
Perdana Menteri dan delegasi berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78. Beliau telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#potensi besar
#ekonomi dinamik
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan