awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia seru India, Pakistan ke meja rundingan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/05/2025
12:02 MYT
Malaysia seru India, Pakistan ke meja rundingan
Malaysia turut menzahirkan sokongan terhadap segala usaha ke arah meredakan ketegangan serta dialog yang bermakna antara India dan Pakistan. - Gambar fail/Reuters/Pawan Kumar
KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru India dan Pakistan untuk meredakan ketegangan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak sebarang krisis yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Selatan.
Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Khamis, Malaysia menggesa kedua-dua pihak kekal bertenang supaya dapat mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.
“Malaysia mengikuti perkembangan peningkatan mendadak ketegangan antara India dan Pakistan dengan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk bertenang dan berdialog.
“Malaysia juga menggesa kedua-dua pihak agar menahan dari provokasi dan mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina. Setegang mana keadaan, diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan krisis,” jelas kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa siasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap serangan pada 22 April di Pahalgam, bagi memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Malaysia turut menzahirkan sokongan terhadap segala usaha ke arah meredakan ketegangan serta dialog yang bermakna antara India dan Pakistan, demi keselamatan serantau.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#keselamatan serantau
#muka pengadilan
#saluran komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan