Malaysia tentang pelan haram Israel terhadap Palestin

Farhana Joni
Ogos 15, 2020 03:40 MYT
Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat. - Gambar fail
Malaysia hari ini mengulangi pendirian tegasnya berhubung penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel.
Justeru, Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian Malaysia dalam isu Palestin itu tetap konsisten.
"Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel turut mengulangi pendirian yang dipegang sejak sekian lama.
"Pembentukan negara berdaulat Palestin yang bebas melalui penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 iaitu Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin merupakan satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Merujuk kepada perjanjian damai di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat pada 13 Ogos, beliau berkata Malaysia melihat pemulihan hubungan di antara UAE dan Israel sebagai hak kedaulatan UAE.
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein #Israel #Menteri Luar #Palestin #PBB #Pengilhakan #Tebing Barat