awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah ASOEN-36 di Langkawi, perkukuh diplomasi alam sekitar ASEAN

Bernama
Bernama
22/07/2025
10:30 MYT
Malaysia tuan rumah ASOEN-36 di Langkawi, perkukuh diplomasi alam sekitar ASEAN
Penganjuran ASOEN-36 memberi peluang kepada Malaysia untuk memperlihatkan inisiatif serta pencapaian negara dalam bidang kelestarian alam sekitar. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Alam Sekitar ASEAN ke-36 (ASOEN-36) yang dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 31 Julai ini di Langkawi, Kedah, bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Ringkasan AI
  • Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Alam Sekitar ASEAN ke-36 (ASOEN-36) di Langkawi dari 28 hingga 31 Julai 2025, sebagai sebahagian daripada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, dengan fokus kepada biodiversiti, pengurusan sumber semula jadi dan perubahan iklim.
  • Mesyuarat ini akan merangkumi kenyataan bersama ASEAN tentang perubahan iklim untuk dibawa ke UNFCCC COP30, mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Pusat Biodiversiti ASEAN (ACB GB), serta dialog dengan Jepun, Korea Selatan, EU dan Amerika Syarikat.
  • ASOEN-36 turut melibatkan tujuh kumpulan kerja teknikal dan mesyuarat ASEAN Campur Tiga, serta memberi peluang kepada Malaysia untuk memperlihatkan pencapaian kelestarian alam sekitar dan memperkukuh diplomasi serantau selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat itu merupakan platform teknikal tertinggi ASEAN dalam bidang alam sekitar, yang menghimpunkan pegawai kanan dari 10 negara anggota bagi memperkukuh dasar, strategi dan kerjasama serantau berkaitan perlindungan alam sekitar.
"ASOEN-36 akan memberi tumpuan kepada pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sumber semula jadi secara mampan dan tindakan bersama menghadapi perubahan iklim," menurut NRES.
NRES memaklumkan, mesyuarat empat hari itu akan dimulakan dengan Kenyataan Bersama ASEAN tentang perubahan iklim yang akan dibawa ke Persidangan Pihak-Pihak ke-30 Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC COP30), bagi memastikan suara ASEAN lebih bersepadu dalam rundingan global berkaitan perubahan iklim.
"Ini disusuli dengan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Pusat Biodiversiti ASEAN (ACB GB) yang membincangkan hala tuju strategik, polisi, pelaksanaan program serta perkara berkaitan pengurusan ACB dalam memelihara biodiversiti serantau," menurut kenyataan itu.
NRES memberitahu mesyuarat itu turut merangkumi Dialog Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-Jepun ke-19 (AJDEC) serta dialog dengan Korea Selatan, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.
Kenyataan itu memaklumkan ASOEN-36 melibatkan tujuh kumpulan kerja teknikal merangkumi bidang seperti biodiversiti, perubahan iklim, pengurusan sisa, perbandaran lestari dan pengurusan sumber air. Selain itu, turut diadakan mesyuarat bersama rakan dialog ASEAN Campur Tiga melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
Kenyataan itu menyebut, penganjuran ASOEN-36 memberi peluang kepada Malaysia untuk memperlihatkan inisiatif serta pencapaian negara dalam bidang kelestarian alam sekitar, selain memperkukuh diplomasi serantau selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.
"ASOEN kali ini turut menekankan aspek kelestarian selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Inisiatif ASEAN Lestari (GPPIAL) yang dikeluarkan NRES. Ia memberi fokus kepada pengurangan jejak karbon, penggunaan sumber yang cekap dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab," menurut NRES.
Menurut kenyataan itu, ASOEN-36 merupakan kesinambungan kepada mandat serta hasil perbincangan Mesyuarat ASOEN-35 yang telah berlangsung di Vientiane, Laos.
"Menerusi ASOEN, mandat berkaitan isu alam sekitar diangkat untuk pertimbangan dan perbincangan selanjutnya di peringkat Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN (AMME)," menurut NRES.
NRES berharap ASOEN-36 dapat mempercepatkan tindakan kolektif dan memperkukuh kolaborasi serantau dalam perlindungan alam sekitar secara lebih holistik dan mampan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#ASOEN
#Langkawi
#diplomasi alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan