DUNIA
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
Anwar (kanan) mengadakan mesyuarat bersama Modi di Kompleks Sri Perdana, hari ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia dan India bersetuju untuk memperluas penggunaan mata wang tempatan iaitu ringgit dan rupee dalam urus niaga perdagangan dan pelaburan dua hala.
Langkah itu dilihat sebagai antara keputusan paling signifikan dalam kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) bagi mengurangkan kos transaksi serta memudahkan penyelesaian pembayaran rentas sempadan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menggunakan mata wang tempatan ‘sejauh yang boleh’ merupakan ciri luar biasa dalam penambahbaikan hubungan ekonomi Malaysia-India,
Tambahnya lagi, peluang itu harus diterokai dengan sebaik mungkin ketika India sedang melonjak di pentas perdagangan antarabangsa dan Malaysia melihat peluang besar untuk mendapat manfaat dalam konteks ASEAN.
“Perdagangan, sudah tentu, perlu diperluas lagi. India sedang berkembang pesat dengan kemunculan yang begitu memberangsangkan di arena ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
“Justeru, Malaysia dalam konteks ASEAN pasti akan meraih manfaat besar sekiranya kita dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan India, melangkaui nilai dagangan berjumlah US$18.59 bilion yang kita capai pada tahun 2023.
“Salah satu perkembangan penting ialah keputusan untuk menggunakan mata wang tempatan sejauh mungkin, dan Bank Negara Malaysia bersama Central Bank of India (CBI) telah mengusahakan mekanisme ini bagi penggunaan ringgit Malaysia dan rupee dalam perdagangan serta pelaburan dua hala,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan sempena sidang media khas bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi di sini pada Ahad.
Terdahulu, Modi, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula semalam, menghadiri pertemuan peribadi bersama Anwar, sebelum disusuli dengan mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin dan delegasi, serta majlis pertukaran 11 dokumen strategik.
Dalam kenyataan bersama susulan, kedua-dua kerajaan turut mengalu-alukan kerjasama berterusan BNM dengan SBI untuk mempromosi penyelesaian mata wang tempatan dalam perdagangan dan pelaburan, bagi memastikan transaksi yang lebih cekap serta kos efektif.
Langkah tersebut hadir pada ketika hubungan perdagangan kedua-dua negara mencatat prestasi kukuh, dengan jumlah dagangan direkodkan mencecah US$18.59 bilion pada 2025, sekali gus memberi ruang untuk memperluas lagi perdagangan bernilai tinggi termasuk semikonduktor, perdagangan digital, teknologi hijau dan pembuatan termaju.
Kedua-dua pemimpin turut menekankan keperluan mengoptimumkan perjanjian sedia ada termasuk MICECA serta mempercepat proses semakan AITIGA agar lebih relevan dan memudahkan perdagangan, terutama dalam landskap global yang kini dipacu rantaian bekalan serantau dan teknologi.
Selain mata wang tempatan, kedua-dua negara juga bersetuju mengangkat agenda ekonomi digital sebagai pemudah cara utama hubungan ekonomi moden.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak menyambut baik pemformalan Malaysia-India Digital Council (MIDC) sebagai platform untuk meneroka projek bersama dalam fintech, e-governance, keselamatan siber, AI dan teknologi baharu.
Kenyataan bersama turut menyebut kerjasama antara NPCI International Limited (NIPL) dan PayNet Malaysia untuk membangunkan pautan pembayaran dua hala yang akan memudahkan urusan perniagaan, menawarkan penyelesaian pembayaran serta kiriman wang kos rendah, termasuk untuk pelancong, pelajar dan perniagaan kecil.
Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin menekankan keperluan meningkatkan keterhubungan sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi masing-masing dengan Malaysia, telah mengemukakan permintaan agar India mempertimbangkan peluasan hak trafik udara, termasuk tambahan kapasiti dan akses ke lebih banyak bandar sekunder, bagi menyokong permintaan pelancongan, perdagangan serta pertukaran rakyat-ke-rakyat.
Kedua-dua pihak turut menyatakan sokongan terhadap kempen Visit Malaysia 2026 serta Incredible India, selain mengalu-alukan liberalisasi visa dan komitmen memperkukuh jaringan penerbangan sebagai pemangkin aliran dua hala pelancong dan perniagaan.