awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel

Bernama
Bernama
28/12/2024
13:56 MYT
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Serangan Israel pada Jumaat ke atas kemudahan kesihatan utama terakhir di utara Gaza yang dikepung menyebabkan ia tidak berfungsi.
"Tindakan keji ini merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa," menurut kerajaan Maldives dalam satu kenyataan.
"Serangan sedemikian ke atas kemudahan penjagaan kesihatan penting merupakan jenayah perang dan merupakan sebahagian daripada pencerobohan tanpa henti yang berterusan terhadap rakyat Palestin," katanya.
Terdapat tuduhan bahawa selain membakar hospital, tentera Israel turut menyerang secara seksual jururawat, pesakit dan kakitangan.
Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, menyatakan bahawa tindakan Israel itu merupakan satu daripada episod paling gelap dalam sejarah konflik manusia, yang menurutnya "didukung oleh pengaruh negara Barat."
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata serangan ke atas Hospital Kamal Adwan berlaku selepas peningkatan sekatan Israel terhadap akses untuk WHO dan rakan kongsi.
"Pemusnahan sistem kesihatan secara sistematik di Gaza adalah hukuman mati bagi puluhan ribu rakyat Palestin yang memerlukan penjagaan kesihatan," katanya pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maldives
#kecam
#pembakaran hospital
#Hospital Kamal Adwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan