NEW DELHI: Maldives, penyokong kuat Palestin memutuskan untuk melarang kemasukan pemegang pasport Israel ke negara itu.
Terdapat kemarahan awam yang semakin meningkat di negara kepulauan itu terhadap serangan genosid yang dilancarkan oleh rejim Zionis di wilayah Palestin yang diduduki, terutamanya terhadap penduduk Gaza sejak Oktober lepas.
Presiden Mohamed Muizzu dalam satu Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk meminda undang-undang Maldives bagi mengharamkan individu yang memegang pasport Israel daripada memasuki negara itu, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Teknologi, Ali Ihsaan pada sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Presiden pada petang Ahad.
"Keputusan ini menandakan pendirian proaktif Maldives, mencerminkan kecaman terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang ekstrem oleh Israel terhadap penduduk Palestin," lapor media negara itu PSM.
Satu jawatankuasa yang merangkumi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Luar Moosa Zameer, Menteri Hal Ehwal Islam Mohamed Shaheem Ali Saeed, Menteri Pembangunan Ekonomi Mohamed Saeed dan Menteri Pelancongan Ibrahim Faisal akan mengawasi proses larangan berkenaan, kata laporan itu.
Kabinet juga memutuskan untuk memulakan perbincangan dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan sokongan kepada Palestin dan melantik seorang utusan khas bagi menilai keperluan Palestin.
"Presiden juga memutuskan untuk menubuhkan kempen kutipan dana untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin dengan bantuan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat dan mengadakan perhimpunan di seluruh negara dengan slogan 'Falastheenaa Eku Dhivehin,' yang bermaksud 'Rakyat Maldives Bersama Palestin' untuk menunjukkan sokongan," kata kenyataan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024
Mohamed Muizzu memutuskan untuk meminda undang-undang Maldives bagi mengharamkan individu yang memegang pasport Israel daripada memasuki negara itu. - Gambar fail/Reuters
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Trump namakan Steven Witkoff sebagai utusan khas ke Asia Barat
Trump berkata, Steve akan menjadi suara yang teguh untuk keamanan, dan akan membuat kita semua berbangga.
Menteri Luar baharu Indonesia hadiri Sidang Kemuncak BRICS Plus di Rusia
Sebagai Utusan Khas Presiden Prabowo Subianto, ini menandakan lawatan rasmi pertama Sugiono dalam peranan baharunya.
Setiausaha Agung ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Utusan Khas PBB
Perbincangan itu juga tertumpu kepada usaha ASEAN dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.
Maldives larang kemasukan pemegang pasport Israel
Maldives, penyokong kuat Palestin memutuskan untuk melarang kemasukan pemegang pasport Israel ke negara itu.
Bekas perdana menteri NZ dilantik utusan khas tangani keganasan
Ardern menolak untuk menerima sebarang imbuhan sebagai utusan khas dan akan memulakan tugasnya pada 17 April.
Utusan Khas PBB adakan lawatan ke Myanmar
Ini lawatan pertamanya ke negara di Asia Tenggara itu sejak dilantik pada Oktober tahun lalu.
AS lantik utusan untuk hak asasi wanita, gadis Afghanistan
Amerika Syarikat pada Rabu melantik bekas pegawai Jabatan Negara, Rina Amiri, sebagai utusan khas.
Konflik Asia Barat: Utusan Khas AS Hady Amr mula tugas cari perdamaian
Hady tiba di Israel pada Jumaat, ketika ketegangan kini merebak ke Tebing Barat.