awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Paracetamol/Tylenol selamat digunakan semasa kehamilan - Pakar
Mengapa Trump mahu Greenland dan apakah kesannya terhadap NATO?
Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maldives negara pertama hapuskan penyakit HIV, sifilis dan hepatitis B dari ibu ke anak

Bernama
Bernama
14/10/2025
13:58 MYT
Maldives negara pertama hapuskan penyakit HIV, sifilis dan hepatitis B dari ibu ke anak
Abdulla Nazim menerima sijil pengiktirafan daripada Tedros Ghebreyesus pada Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo. - Facebook World Health Organization South-East Asia Region
NEW DELHI: Maldives muncul sebagai negara pertama yang mencapai "penghapusan tiga kali ganda penularan dari ibu kepada anak" (EMTCT) bagi HIV, sifilis dan hepatitis B, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kesihatan Maldives Abdulla Nazim Ibrahim menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo, kata WHO dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, negara anggota Pejabat Serantau WHO bagi Asia Tenggara (SEARO), yang merangkumi hampir dua bilion penduduk termasuk India dan beberapa negara Asia Selatan lain, pada Selasa menerima pakai Deklarasi Colombo mengenai penuaan sihat.
Penduduk rantau ini yang berumur lebih 60 tahun dijangka meningkat kepada 20.9 peratus menjelang 2050 berbanding 11.3 peratus pada 2024.
Penjagaan kesihatan primer merupakan laluan paling inklusif, berkesan dan efisien untuk mencapai liputan kesihatan sejagat, sekali gus memastikan warga emas dapat hidup lebih lama, sihat, produktif dan bermakna, kata Ketua Serantau WHO Catharina Boehme pada sesi meja bulat peringkat menteri yang deklarasi itu diterima pakai.
Badan serantau itu akan menamatkan mesyuarat tiga hari mereka di Colombo pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maldives
#WHO
#HIV
#sifilis
#hepatitis B
#janhgkitan ibu ke anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan