INTERNATIONAL
Malone Lam berdepan tuduhan baharu di AS kes curi US$263 juta mata wang kripto
Malone Lam, 20 tahun, dituduh mengetuai kumpulan jenayah yang mencuri dan mengubah wang haram mata wang kripto bernilai lebih US$263 juta bersama 12 individu lain. - Gambar/ Broward Sheriff's Office
SINGAPURA: Seorang warga Singapura, Malone Lam yang sebelum ini didakwa di Amerika Syarikat kerana mencuri mata wang kripto, kini dituduh mengetuai kumpulan jenayah yang dipercayai mencuri ratusan juta dolar dalam bentuk mata wang kripto, lapor media tempatan.
Ringkasan AI
Lam, 20, pertama kali didakwa pada September tahun lalu atas pertuduhan mencuri dan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih US$230 juta (US$1 = RM4.30) daripada seorang mangsa.
Dalam pertuduhan terbaharu, pendakwa persekutuan mendakwa dia merancang skim lebih besar bersama 12 individu lain, menurut laporan CNA.
Lam hadir di mahkamah Washington D.C. pada Isnin dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan baharu itu.
Lam dan Conor Flansburg, 21, dari California dinamakan sebagai penganjur kumpulan yang terdiri daripada 13 individu itu dalam dokumen pertuduhan.
Kumpulan itu didakwa berkenalan melalui platform permainan dalam talian sebelum mereka membangunkan satu skim yang meraih keuntungan keseluruhan sebanyak US$263 juta.
Mereka disyaki mencuri dana dari dompet mata wang kripto, menukarnya kepada dolar AS dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Mereka juga dikatakan terlibat dalam kes pecah rumah, termasuk satu insiden di mana seorang ahli kumpulan memecah masuk rumah mangsa di New Mexico untuk mencuri dompet perkakasan yang mengandungi mata wang digital.
Kesemua 13 suspek, termasuk Lam didakwa di bawah Akta RICO (Racketeer Influenced and Corrupt Organisations).
Dalam kenyataan media bertarikh 15 Mei, Pejabat Peguam Negara AS bagi daerah Columbia menyatakan ahli sindiket itu memainkan pelbagai peranan termasuk penggodam pangkalan data, penganjur, penjejak sasaran, pemanggil, pengubah wang haram dan pencuri dompet kripto jenis perkakasan.
Anggota sindiket juga didakwa menggunakan mata wang kripto yang dicuri untuk membeli beg tangan mewah, jam tangan, pakaian, rumah sewa di Los Angeles, Hamptons dan Miami; perkhidmatan jet peribadi serta sekurang-kurangnya 28 kereta mewah dengan nilai antara US$100,000 hingga US$3.8 juta.
"Selepas ditahan pada September 2024 dan ketika dalam tahanan reman, Lam dikatakan terus berhubung dengan anggota sindiket untuk memberi dan menerima arahan, mengumpul mata wang kripto yang dicuri dan mengatur pembelian beg tangan mewah yang kemudian dihantar kepada teman wanitanya di Miami, Florida," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malone Lam, 20 tahun, dituduh mengetuai kumpulan jenayah yang mencuri dan mengubah wang haram mata wang kripto bernilai lebih US$263 juta bersama 12 individu lain.
- Kumpulan ini dipercayai berkenalan melalui platform permainan dalam talian dan terlibat dalam aktiviti seperti penggodaman, pecah rumah untuk mencuri dompet kripto, serta pembelian barangan mewah dan kereta menggunakan dana curi.
- Kesemua suspek didakwa di bawah Akta RICO di AS. Walaupun Lam telah ditahan sejak September 2024, beliau didakwa masih berhubung dengan sindiket dan mengatur pembelian barangan mewah dari dalam tahanan.