DUNIA
Malta akan iktiraf Palestin secara rasmi pada UNGA80

Malta akan secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-80, kata Perdana Menterinya Robert Abela pada Isnin setibanya di New York. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Malta akan secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-80, kata Perdana Menterinya Robert Abela pada Isnin setibanya di New York.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Malta Robert Abela umum negara itu akan mengiktiraf Palestin secara rasmi semasa Perhimpunan Agung PBB ke-80 di New York.
- Langkah itu selaras dengan komitmen Malta menyokong penyelesaian dua negara dan keamanan di Asia Barat.
- UK, Kanada, Australia dan Portugal turut mengiktiraf Palestin, menjadikan 153 negara PBB sudah berbuat demikian.
Sepanjang lawatannya, Abela akan mengadakan beberapa pertemuan dua hala dan pelbagai hala sebelum menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung.
Pada Ahad, United Kingdom (UK), Kanada, Australia dan Portugal mengumumkan pengiktirafan terhadap Palestin, sekali gus meningkatkan bilangan negara anggota PBB yang mengambil langkah itu kepada 153 daripada 193.
Sebelas lagi negara termasuk Malta, Luxembourg, Perancis, Belgium dan Armenia telah menyatakan rancangan untuk memberi pengiktirafan semasa sesi UNGA ke-80 yang sedang berlangsung di New York.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami