Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi

Mamady Doumbouya dipilih sebagai Presiden berdasarkan keputusan sementara yang diumumkan pada Selasa, menandakan kembalinya pemerintahan awam di Afrika Barat. - Gambar fail Reuters
CONAKRY: Pemimpin kudeta Guinea, Mamady Doumbouya dipilih sebagai Presiden berdasarkan keputusan sementara yang diumumkan pada Selasa, menandakan kembalinya pemerintahan awam di Afrika Barat.
Bekas komander pasukan khas berusia awal 40-an itu merampas kuasa pada 2021 dengan menyingkirkan Presiden ketika itu, Alpha Conde, yang memegang jawatan sejak 2010.
Keputusan sementara menunjukkan Doumbouya memperoleh 86.72 peratus undi pada pilihan raya 28 Disember lalu, sekali gus meraih majoriti mutlak dan mengelak pusingan kedua.
Sementara itu, Mahkamah Agung mempunyai tempoh lapan hari untuk mengesahkan keputusan sekiranya terdapat cabaran.
Kemenangan Doumbouya yang memberinya mandat tujuh tahun itu menepati ramalan ramai pihak. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


