BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Hamas di Genting Gaza mendakwa rejim Zionis tidak menemui sebarang senjata atau peralatan ketenteraan di hospital terbesar di wilayah itu setelah kempen pencerobohan terus menyasarkan kemudahan perubatan tersebut untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis.
"Pada asasnya, kami tidak akan membenarkan sebarang senjata di mana-mana hospital," tegas Pengarah kementerian itu, Munir al-Bursh.
Menurutnya, anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bertindak memusnahkan peralatan perubatan tidak terdapat di tempat lain di Gaza dan menahan dua jurutera yang bertugas di bahagian bekalan oksigen dan kuasa Hospital al-Shifa itu.
Rejim Zionis juga tidak menyatakan tentang penemuan sebarang pintu masuk ke rangkaian terowong bawah tanah seperti didakwa mereka sebelum ini.
"Tentera musuh terus berbohong dan sengaja mereka cerita. Mereka sendiri yang membawa masuk senjata dan peralatan lain ke hospital itu sebagai bukti palsu.
IDF bertindak menerbitkan gambar bom tangan, senjata api dan peralatan ketenteraan lain untuk menyokong dakwaan tidak berasas mereka.
"Kami telah berulang kali menggesa jawatankuasa daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk mengesahkan pembohongan rejim Zionis," ujar anggota kanan Hamas berpusat di Qatar, Ezzat El Rashq.
Terdahulu, IDF mendakwa mereka menemui peralatan ketenteraan termasuk senjata ketika serbuan ke atas al-Shifa yang mengundang kecaman komuniti antarabangsa.
"Ibu pejabat operasi dan 'pakaian seragam' milik pejuang Hamas turut dijumpai ketika operasi itu," kata jurucakap IDF, Daniel Hagari.
Sebagai cubaan untuk menyokong dakwaan tidak berasas itu, IDF bertindak menerbitkan gambar bom tangan, senjata api dan peralatan ketenteraan lain.
Rejim Zionis yang masih tidak berpuas hati dengan 'penemuan' mereka sekali lagi menggempur al-Shifa dalam tempoh 24 jam yang turut menjadi tempat berlindung ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal.
"Malam ini, kami memperbaharui operasi ke atas hospital itu. Kami akan terus mara," jelas Mejar Jeneral, Yaron Finkelman yang mengetuai kempen ketenteraan di Gaza.
Agensi berita Shehab yang bergabung dengan Hamas melaporkan rejim Zionis menggempur al-Shifa dari bahagian selatan kompleks itu dan bunyi tembakan kedengaran di lokasi berkenaan. - Agensi
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023
IDF mendakwa mereka menemui peralatan ketenteraan termasuk senjata ketika serbuan ke atas al-Shifa yang mengundang kecaman komuniti antarabangsa. - Foto Reuters
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terk
Hospital terbesar di Gaza lumpuh - WHO
Penyelaras pasukan perubatan kecemasan WHO, Sean Casey menggambarkan kejadian itu sebagai sebuah tragedi.
Belia Palestin bantu bersih Kompleks Perubatan Al-Shifa
Inisiatif itu bertujuan membersihkan dan mensteril peralatan bagi membolehkan hospital itu beroperasi semula terutama perkhidmatan dialisis.
Kementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan terowong Hamas oleh Israel
Video berkenaan sebenarnya adalah rakaman terowong zaman perang di Sweden.
WHO sifatkan Hospital Al-Shifa sebagai "zon maut"
WHO dan rakan kongsi sedang merangka pelan segera untuk memindahkan baki pesakit, kakitangan dan keluarga mereka.
Hospital Al-Shifa kini jadi pangkalan tentera Israel - Menteri Kesihatan Palestin
Israel telah menjadikan Hospital Al Shifa sebagai sasaran utama kemaraan operasi daratnya.
Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza
Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.