DUNIA
"Mana satu tubuh ahli keluarga saya?" - Warga Gaza bergelut kenal pasti mangsa kekejaman Israel
Komunikasi dengan tentera Israel amat diperlukan supaya tubuh mangsa dan nama dapat dikenal pasti, bukan sekadar ditanda dengan nombor, kata Ghada Musbeh, balu kepada mangsa. - Gambar Reuters.
GAZA: “Mana satu tubuh ahli keluarga saya?” itulah antara rintihan yang kedengaran dalam kalangan warga Palestin di Khan Younis.
Ringkasan AI
Mereka berdepan kesukaran mengenal pasti tubuh ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia dan baru sahaja diserahkan oleh rejim Zionis Israel kepada pihak berkuasa di Gaza, lapor Reuters.
Proses pengecaman ini menyulitkan ahli keluarga mangsa dan menimbulkan ketegangan serta emosi, terutamanya apabila Israel hanya menyediakan nombor tanpa identiti jelas bagi setiap tubuh mangsa.
Ghada Musbeh, salah seorang balu kepada mangsa, menyeru badan antarabangsa termasuk Palang Merah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia campur tangan dalam proses pengecaman.
Menurutnya, komunikasi dengan tentera Israel amat diperlukan supaya mayat dapat dikenal pasti dan nama mangsa dapat diketahui bukan sekadar ditanda dengan nombor.
“Kami tidak tahu nama mereka, Israel hanya menulis nombor pada beg mangsa, kami tidak tahu bagaimana untuk membezakan yang mana satu tubuh milik siapa.
“Semua orang berkata, ‘Ini anak saya, ini anak saya’ tetapi kami tidak tahu. Saya harap mereka berkomunikasi dengan tentera Israel supaya mereka boleh memberitahu nama mereka,” katanya kepada media di lokasi pengecaman tubuh mangsa pada Jumaat.
Ahmad Thahir, seorang petugas kesihatan yang terlibat, berkata proses pengecaman sangat sukar kerana kekurangan peralatan dan ujian saintifik.
Menurutnya, usaha mengenal pasti tubuh mangsa terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga dan cara-cara asas, kerana mereka tiada kaedah pengesahan DNA, peralatan, pemeriksaan khusus atau makmal.
Kekurangan sumber teknikal ini memaksa keluarga bergantung sepenuhnya kepada memori dan ingatan mereka untuk mengenal pasti tubuh mangsa yang diterima, menambahkan lagi tekanan emosi dalam suasana perang sejak dua tahun lalu.
“Dalam usaha mengenal pasti dan pengecaman (tubuh mangsa), kami mencuba pelbagai cara, tetapi cara kami masih secara asas dan bergantung kepada pengecaman melalui ahli keluarga sahaja, bukan melalui kaedah saintifik.
“Kami tiada DNA, peralatan, pemeriksaan khusus atau makmal,” kata Thahir yang kecewa dengan cara Israel kendalikan tubuh mangsa perang sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan Gaza.
Sejak bermulanya konflik pada 7 Oktober 2023, tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 67,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Masih ramai mangsa yang dipercayai terkubur di bawah runtuhan, menjadikan proses pengecaman mayat satu cabaran yang amat getir bagi keluarga yang terlibat.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Keluarga di Khan Younis berdepan kesukaran mengenal pasti mayat ahli keluarga yang dipulangkan Israel kerana hanya ditanda dengan nombor tanpa identiti.
- Waris dan petugas kesihatan merayu bantuan antarabangsa kerana kekurangan peralatan dan ujian saintifik menyebabkan proses pengecaman bergantung sepenuhnya kepada ingatan keluarga.
- Sejak perang 7 Oktober 2023, lebih 67,000 rakyat Palestin terbunuh dan ramai lagi masih tertimbus di bawah runtuhan, menyukarkan usaha pengecaman mangsa.