Mangsa gempa warga Malaysia di Taiwan meninggal dunia

Nailah Huda
April 28, 2019 09:29 MYT
Yip Chean yang tercedera di Taroko Gorge National Park akibat gempa bumi berukuran magnitud 6.1 di Bandar Hualien, Taiwan pada 18 April lalu meninggal dunia akibat kecederaannya. Foto - Google Maps.
Pelancong warga Malaysia di Taiwan, Choo Yip Chean meninggal dunia pada malam Sabtu waktu tempatan.
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
Yip Chean yang tercedera di Taroko Gorge National Park akibat gempa bumi berukuran magnitud 6.1 di Bandar Hualien, Taiwan pada 18 April lalu meninggal dunia akibat kecederaannya.
“Saya mengucapkan takziah dan doa bagi keluarga dan sahabatnya dalam melalui tempoh yang mencabar ini,” kata Saifuddin.

PRESS STATEMENT: The passing of Mr. Choo Yip Chean in Hualien It is with deep sadness to announce the passing of Mr Choo Yip Chean, who was under intensive care following the 6.1 earthquake in Hualien, Taiwan on 18 April 2019 succumbed to his injuries late last night. pic.twitter.com/4Prk1KnAqH

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) April 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain memberi penghormatan kepada keluarga mendiang Yip Chean, Kementerian Luar Negeri turut menawarkan bantuan kepada mereka menerusi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei dalam apa-apa prosedur yang diperlukan.
Kementerian turut meminta pihak media dan umum untuk menghormati keluarga arwah serta memberi mereka ruang buat masa ini.
Bandar Hualien dilanda gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud tahun lalu yang mengorbankan 17 mangsa.
Gempa bumi yang paling buruk pernah melanda pulau tersebut adalah pada September 1999 yang berukuran 7.6 magnitud dan meragut nyawa 2,400 orang.
#Choo Yip Chean #earthquake #gempa bumi #Kementerian Luar #mati #Saifuddin Abdullah #Taiwan