DUNIA
Mangsa hilang akibat banjir di Papua meningkat kepada 23
Lapan mangsa dilaporkan hilang di daerah Yuguru, manakala 15 lagi di daerah Dal dalam banjir kilat di Nduga, Indonesia. -Gambar hiasan/Adobe Stock
JAKARTA: Jumlah mangsa hilang akibat banjir kilat di wilayah Nduga, Indonesia meningkat kepada 23 orang berbanding 15 sebelum ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) pada Selasa.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Daripada jumlah itu, lapan mangsa dilaporkan hilang di daerah Yuguru, manakala 15 lagi di daerah Dal yang dihanyutkan arus deras selepas mengabaikan amaran untuk tidak menyeberangi Sungai Panpan ketika hujan lebat pada Sabtu.
"Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Nduga bersama pasukan kecemasan dan penduduk tempatan kini sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan media.
Menurut agensi itu, beberapa kawasan di barat daya Papua diramal mengalami hujan tahap sederhana hingga lebat pada Selasa, disertai kilat serta angin kencang.
BNPB menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk agar terus berwaspada terhadap risiko banjir dan tanah runtuh, memantau perkembangan cuaca, serta bersiap sedia untuk berpindah jika perlu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa hilang akibat banjir kilat di Nduga, Indonesia meningkat kepada 23 orang, lapan hilang di Yuguru dan 15 di Dal.
- Agensi BNPB sedang jalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas.
- Kesan cuaca buruk menyebabkan hujan lebat di barat daya Papua, memerlukan kewaspadaan dan kesiagaan penduduk setempat.
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Daripada jumlah itu, lapan mangsa dilaporkan hilang di daerah Yuguru, manakala 15 lagi di daerah Dal yang dihanyutkan arus deras selepas mengabaikan amaran untuk tidak menyeberangi Sungai Panpan ketika hujan lebat pada Sabtu.
"Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Nduga bersama pasukan kecemasan dan penduduk tempatan kini sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan media.
Menurut agensi itu, beberapa kawasan di barat daya Papua diramal mengalami hujan tahap sederhana hingga lebat pada Selasa, disertai kilat serta angin kencang.
BNPB menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk agar terus berwaspada terhadap risiko banjir dan tanah runtuh, memantau perkembangan cuaca, serta bersiap sedia untuk berpindah jika perlu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah mangsa hilang akibat banjir kilat di wilayah Nduga, Indonesia setakat ini?
A: 23 orang, di mana lapan mangsa dilaporkan hilang di daerah Yuguru dan 15 lagi di daerah Dal. - Q: Apakah tindakan yang sedang dilakukan oleh Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Nduga?
A: BPBD Nduga bersama pasukan kecemasan dan penduduk tempatan sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang. - Q: Apakah amaran yang dilanggar oleh mangsa sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Panpan?
A: Mangsa mengabaikan amaran untuk tidak menyeberangi Sungai Panpan ketika hujan lebat pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras. - Q: Apakah ramalan cuaca untuk kawasan barat daya Papua yang dikeluarkan oleh BNPB?
A: Kawasan di barat daya Papua diramal mengalami hujan tahap sederhana hingga lebat pada Selasa, disertai kilat serta angin kencang. - Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh BNPB kepada pihak berkuasa tempatan dan penduduk terkait risiko banjir dan tanah runtuh?
A: BNPB menggesa pihak berkuasa dan penduduk agar terus berwaspada terhadap risiko banjir dan tanah runtuh, memantau perkembangan cuaca, serta bersiap sedia untuk berpindah jika perlu.