Seorang lelaki berusi 112 tahun yang merupakan mangsa Holocaust telah dinobatkan lelaki paling lama hidup di dunia, menurut Guinness World Records pada Jumaat.
Yisrael Kristal dilahirkan di Poland pada 15 September 1903, kira-kira tiga bulan sebelum adik-beradik Wright melakukan penerbangan sulung mereka.
Fakta menarik mengenai Kristal ialah beliau terselamat ketika Perang Dunia Pertama meletus sehingga ke penjajahan Nazi sewaktu Perang Dunia Kedua sehingga apabila dia akhirnya dihantar ke kem tahanan yang menempatkan tahanan perang di Auschwitz, German.
“Pencapaian Kristal cukup luar biasa, beliau boleh mengajar kita tentang pentingnya nilai hidup dan bagaimana untuk mengatasi had panjang umur manusia,” kata Ketua Record Guinness, Marco Frigatti.
Sementara itu, Kristal dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata, beliau tidak tahu sebenarnya rahsia panjang umur.
“Saya percaya semuanya adalah ketentuan dan kita pasti tidak akan ketahui sebabnya.
“Sebelum ini, sudah ada lelaki yang lebih bijak, kuat dan lebih kacak daripada saya yang kini sudah meninggal dunia.”
Kristal sebelum ini bekerja di kilang manisan keluarga sebelum dihantar ke kem Nazi Auschwitz-Birkenau.
Isterinya meninggal dunia ketika itu, namun beliau selamat, dengan berat hanya 35 kilo pada akhir zaman peperangan tersebut, kata anaknya Shula Kuperstoch kepada AFP pada Januari.
Susanna Mushatt Jones yang berasal dari Amerika Syarikat dinobatkan wanita tertua di dunia. Beliau dilahirkan pada 6 Julai, 1899.
Agensi
Sat Mar 12 2016
Gambar ini diambil pada 21 Januari 2016, di rumah Yisrael Kristal yang terletak di Haifa, Israel. - Foto AFP/Shula Kopershatouk
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Lelaki tertua di dunia rai ulang tahun ke-112
John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912, lebih empat bulan selepas tenggelamnya kapal Titanic.
Edan Syah catat rekod dunia maraton pakai baju Melayu
Pelari maraton terkenal, Mohd Syahidah Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah melakar sejarah baharu Guinness World Records ketika acara TCS London Marathon di London, United Kingdom (UK).
Wai Ching tamatkan cabaran Guinness World Records
Soh Wai Ching berjaya menamatkan cabaran 'Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki Di Atas Mesin Tangga Dalam Satu Jam (Lelaki)' dengan jarak 1.649 kilometer (km).
WONDA raikan budaya bola sepak tempatan dengan Rekod Guinness
730 peserta jayakan rekod 'Rantaian Video Menimang Bola Sepak Terbesar Dalam Talian.'
Malaysia Culinary World Cup 2023 catat rekod dalam Guinness World Records
Malaysia Culinary World Cup 2023 anjuran Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA) mencipta nama dalam Guinness World Records apabila berjaya mengadakan pertandingan memasak terbesar.
Elon Musk catat kerugian RM719.4 bilion
Elon Musk menjadi manusia pertama dalam sejarah kerugian AS$165 bilion (RM719.4 bilion) daripada nilai kekayaan.
Ingat hamil tujuh anak, rupanya wanita lahirkan kembar sembilan
Seorang wanita yang menyangka dirinya hamil dengan tujuh anak kembar terkejut kerana bilangan anak yang dikandungnya lebih dari jangkaan.
Potong rambut paling pantas, lelaki ini berjaya pecah rekod dunia
Seorang tukang gunting rambut memecah rekod Guinness World Record selepas berjaya mencatatkan masa kurang dari seminit memotong rambut pelanggannya.
Remaja 17 tahun catat rekod juruterbang termuda kelilingi dunia secara solo
Mack Rutherford, 17, mendarat di sini pada Rabu selepas memecahkan rekod dunia sebagai juruterbang termuda terbang solo ke seluruh dunia.
Petani Venezuela diiktiraf lelaki paling tua di dunia
Perez memberitahu Guinness bahawa antara rahsianya untuk panjang umur ialah bekerja keras, berehat pada hari cuti dan tidur awal.