DUNIA

Mangsa kebakaran di hospital kanak-kanak Damsyik cedera ringan

Bernama 11/10/2025 | 22:20 MYT
Pengarah hospital berkata kebakaran bermula di sebuah bilik stor yang menyimpan bekalan perubatan dan dokumen milik kakitangan kejururawatan. - Foto sana.sy
DAMSYIK (Syria): Tingkat lima Hospital Kanak-Kanak Universiti di Damsyik terbakar akibat litar pintas, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA) memetik pegawai hospital.

Pasukan bomba bertindak pantas dan berjaya mengawal kebakaran itu.

Pengarah hospital, Diana al-Asmar, berkata kebakaran bermula di sebuah bilik stor yang menyimpan bekalan perubatan dan dokumen milik kakitangan kejururawatan.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dan semua inkubator bayi berjaya dipindahkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Sementara itu, Pengarah Unit Kecemasan Bulan Sabit Merah Arab Syria, Saad al-Fatwa, berkata beberapa kes sesak nafas berlaku akibat mangsa tersedut asap kebakaran.

Kes-kes berkenaan telah ditangani dengan segera di lokasi kejadian, manakala sebahagian mangsa dipindahkan ke Hospital al-Mujtahid dan al-Muwasat untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA



#hospital kanak-kanak Damsyik #Kanak-kanak #mangsa kebakaran #Syria