awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa pemerdagangan manusia diarah bayar pampasan RM680,000 kepada keluarga perogolnya

Agensi
Agensi
15/09/2022
09:40 MYT
Mangsa pemerdagangan manusia diarah bayar pampasan RM680,000 kepada keluarga perogolnya
Pieper Lewis berusia 15 tahun semasa dia bertindak menikam Brooks dengan pisau sebanyak lebih daripada 30 kali selepas lelaki itu merogolnya.- Gambar Zach Boyden-Holmes/The Des Moines Register via AP
IOWA: Seorang remaja yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan menikam perogolnya sehingga mati, diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun dan diarah membayar AS$150,000 (RM680,000) kepada keluarga lelaki itu.
Pieper Lewis, 17, dijatuhi hukuman di Mahkamah Iowa selepas dia mengemukakan rayuan tahun lalu atas alasan menyebabkan kecederaan dan membunuh tanpa niat Zachary Brooks, 37, dari Des Moines.
Kedua-dua pertuduhan itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun bagi setiap satunya.
Hakim Daerah Polk County, David M. Porter telah menangguhkan hukuman penjara tersebut, bermakna jika Lewis melanggar undang-undang dalam tempoh percubaannya, dia boleh dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama 20 tahun itu.
Undang-undang di Iowa mewajibkan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan ia termaktub di bawah undang-undang negeri.
Lewis baru berusia 15 tahun semasa dia bertindak menikam Brooks dengan pisau sebanyak lebih daripada 30 kali selepas lelaki itu merogolnya.
Dia yang kini berusia 17 tahun mendakwa pembunuhan itu tidak dirancang.
Dia ditangkap kerana membunuh sehari kemudian dan pada mulanya didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama.
Lewis pada awalnya melarikan diri daripada ibu angkatnya yang kejam dan sedang tidur di koridor sebuah bangunan pangsapuri. Dia dibawa masuk oleh beberapa lelaki lebih tua, sebelum dipaksa memberi khidmat seks.
Brooks adalah salah seorang daripada lelaki itu, mahkamah diberitahu.
Polis dan pendakwaraya tidak mempertikaikan bahawa Lewis telah diserang secara seksual dan diperdagangkan.
Tetapi pendakwaraya berhujah bahawa Brooks sedang tidur pada masa dia ditikam dan tidak membahayakan Lewis.
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#AS
#Pieper Lewis
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan