awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manipulasi saham, ahli perniagaan Malaysia kena penjara 36 tahun

Agensi
Agensi
28/12/2022
08:45 MYT
Manipulasi saham, ahli perniagaan Malaysia kena penjara 36 tahun
Chee Wen (gambar) dan rakannya didapati bersalah memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp atau BAL di antara tempoh Ogos 2012 dan Oktober 2013. - Gambar fail
MAHKAMAH Singapura menjatuhkan hukuman penjara selama 36 tahun terhadap Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen selepas didapati bersalah memanipulasi pasaran saham terbesar republik itu.
Rakannya yang juga dalang utama kes itu, Quah Su-Ling, pula dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
Mereka didapati bersalah kerana memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp atau BAL di antara tempoh Ogos 2012 dan Oktober 2013.
Kedua-dua mereka didakwa mengakibatkan kerugian hampir S$8 bilion daripada permodalan pasaran.
Dua tertuduh itu bagaimanapun merayu hukuman yang dijatuhkan.
Perbicaraan mahkamah di Singapura itu berlarutan selama hampir empat tahun dengan menyaksikan sebanyak 349 pertuduhan berjaya dilaksanakan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, skim dilaksanakan Chee Wen melibatkan lebih 50 individu dengan pembiayaan setengah bilion dolar digunakan untuk manipulasi pasaran.
Topic Berkaitan
#Singapura
#John Soh Chee Wen
#ahli perniagaan malaysia
#Manipulasi Pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan