OVIEDO (Sepanyol): Manusia tertua di dunia, Maria Branyas Morera menyambut hari lahirnya yang ke-117 di Catalonia, Sepanyol, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Guinness World Records (GWR) memberinya gelaran orang tertua yang masih hidup pada Jan 2023, berikutan kematian wanita Perancis berusia 118 tahun, Lucile Randon.
Wanita itu dilahirkan di San Francisco pada tahun 1907 dan kembali tinggal bersama keluarganya di Sepanyol ketika beliau berusia lapan tahun.
Menurut Guinness, beliau telah tinggal di rumah jagaan yang sama selama 23 tahun yang lalu dan keadaan kesihatannya baik.
Selain masalah pendengaran dan pergerakan, Guinness berkata Branyas tidak mempunyai masalah kesihatan fizikal atau mental dan sedang menjalani ujian saintifik oleh penyelidik yang berharap untuk mendapatkan maklumat mengenai umur panjang.
Selain "nasib dan genetik yang baik," Branyas mengaitkan umur panjangnya kepada "orde, ketenangan, hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan, hubungan dengan alam semula jadi, kestabilan emosi, tidak risau, tiada penyesalan, bersikap positif dan menjauhi orang toksik."
Menurut Guinness, Branyas kini merupakan manusia tertua yang disahkan hidup dalam sejarah.
Manusia tertua yang pernah disahkan ialah wanita Perancis Jeanne Calment yang hidup sehingga usia 122 tahun 164 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Wanita itu dilahirkan di San Francisco pada tahun 1907 dan kembali tinggal bersama keluarganya di Sepanyol ketika beliau berusia lapan tahun. - Gambar FB Maria Branyas Morera
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Manusia tertua di dunia sambut ulang tahun ke-117
Manusia tertua di dunia, Maria Branyas Morera menyambut hari lahirnya yang ke-117 di Catalonia, Sepanyol, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Tatsumi, manusia tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Fusa Tatsumi yang lahir pada 25 April 1907, menghabiskan sebahagian besar waktu tuanya di atas katil di sebuah rumah jagaan di Kashiwara.
Nabi Tajima, manusia tertua di dunia meninggal pada usia 117 tahun
Tajima menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pada hari Sabtu, kira-kira jam 7.30 pagi.
Lelaki tertua di Indonesia meninggal dunia
Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Solo di Jawa Tengah itu dilaporkan meninggal dunia akibat sakit.
Dua manusia tertua di dunia
Lahir pada tahun 1899 iaitu kira-kira dua abad yang lalu, Susannah Mushatt Jones dan Emma Morano dikenalpasti sebagai dua insan tertua di dunia.