awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manuskrip Al-Quran berusia 1,370 tahun ditemui

Agensi
Agensi
22/07/2015
23:32 MYT
Manuskrip Al-Quran berusia 1,370 tahun ditemui
Manuskrip tersebut mengandungi sebahagian surah Al-Quran dari juzuk 18 hingga 20. -Gambar daripada visual APTN
Manuskrip Al-Quran tertua, dipercayai berusia 1,370 tahun, ditemui di Universiti Birmingham, England.
Manuskrip tersebut sebelum ini berada di perpustakaan universiti itu, namun tiada pihak yang berjaya mengenal pasti jenis tulisan di atas muka suratnya.
Ia disimpan bersama koleksi buku dan dokumen lain dari Asia Barat.
Manuskrip itu dikenal pasti Al-Quran selepas seorang penyelidik kedoktoran, Alba Fedeli meneliti muka surat yang terdapat di dalamnya, lapor BBC.
Fedeli kemudian memutuskan untuk menjalankan ujian radiokarbon.
Hasil ujian dijalankan unit radiokarbon Universiti Oxford kemudian mendapati manuskrip yang ditulis atas kulit kambing atau biri-biri itu sebagai Al-Quran tertua.
GALERI FOTO: Manuskrip Al-Qur'an tertua di dunia ditemui
Ujian juga menunjukkan 95 peratus kulit yang digunakan tersebut berasal dari antara tahun 568 dan 645 Masehi.
Manuskrip tersebut mengandungi sebahagian surah Al-Quran dari juzuk 18 hingga 20.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#manuskrip
#perpustakaan
#radiokarbon
#Universiti Birmingham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan