INTERNATIONAL
Marcos arah semua setiausaha kabinet letak jawatan selepas pilihan raya pertengahan penggal
Ferdinand Marcos Jr minta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei. -Gambar fail/Facebook
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan secara hormat susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei lepas, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Khamis, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Menurut PCO, rombakan itu "bertujuan memberi ruang kepada presiden untuk menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras dengan keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula."
"Tindakan ini menandakan peralihan jelas daripada fasa awal tadbir urus kepada pendekatan yang lebih fokus dan berorientasikan prestasi," kata PCO.
PCO turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan itu.
Marcos dipilih sebagai presiden pada 2022 dan mempunyai tiga tahun lagi untuk menamatkan penggal enam tahunnya yang berakhir pada 2028.
Dalam pilihan raya baru-baru ini, hanya enam calon senator yang disokong Marcos memenangi kerusi senat - satu pencapaian yang tidak memenuhi jangkaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei.
- Langkah ini bertujuan memberi ruang kepada penilaian semula prestasi jabatan dan menyusun semula pentadbiran dengan pendekatan lebih fokus dan berorientasikan prestasi.
- Walaupun berlaku rombakan, kerajaan memberi jaminan bahawa perkhidmatan awam akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan.
Menurut PCO, rombakan itu "bertujuan memberi ruang kepada presiden untuk menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras dengan keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula."
"Tindakan ini menandakan peralihan jelas daripada fasa awal tadbir urus kepada pendekatan yang lebih fokus dan berorientasikan prestasi," kata PCO.
PCO turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan itu.
Marcos dipilih sebagai presiden pada 2022 dan mempunyai tiga tahun lagi untuk menamatkan penggal enam tahunnya yang berakhir pada 2028.
Dalam pilihan raya baru-baru ini, hanya enam calon senator yang disokong Marcos memenangi kerusi senat - satu pencapaian yang tidak memenuhi jangkaan.
-- BERNAMA

#presiden filipina
#letak jawatan
#Ferdinand Romualdez Marcos
#prestasi buruk calon pentadbiran
#pilihan raya