awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mark Rutte bakal ganti Stoltenberg sebagai ketua NATO

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2024
00:15 MYT
Mark Rutte bakal ganti Stoltenberg sebagai ketua NATO
Hungary dan Slovakia telah memberikan sokongan mereka kepada pencalonan Rutte, menyelesaikan halangan penting dalam perjalanannya ke jawatan tertinggi NATO. - Foto fail/BERNAMA
PERDANA Menteri Belanda, Mark Rutte, penyokong kuat Kiev dan pengkritik Presiden Rusia Vladimir Putin, dilaporkan akan menggantikan Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Atlantik Utara (NATO).
Media rasmi Belanda NOS melaporkan ini selepas beliau mendapat sokongan Hungary dan Slovakia.
Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di Washington, Stoltenberg tidak mengesahkan atau menafikan laporan media tersebut.
Setiausaha Agung NATO yang seterusnya akan berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan sekutu bagi perjuangan Ukraine menentang pencerobohan Rusia, sambil mengelakkan sebarang peningkatan konflik yang boleh menarik pakatan tersebut secara langsung ke dalam perang dengan Moscow.
Beberapa jam sebelum laporan NOS, Hungary dan Slovakia telah memberikan sokongan mereka kepada pencalonan Rutte, menyelesaikan halangan penting dalam perjalanannya ke jawatan tertinggi NATO.
NATO membuat keputusan berdasarkan konsensus, jadi mana-mana calon memerlukan sokongan daripada semua 32 sekutu.
Hanya Romania, yang presidennya Klaus Johannis juga bersaing untuk jawatan tersebut, masih secara rasmi menentang pencalonan Rutte.
Topic Berkaitan
#NATO
#Mark Rutte
#Jens Stoltenberg
#Setiausaha Agung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan